Connect with us

Oh! Media

Akibat Dicabar Rakan, Penganggur Nekad Bakar Pondok Bit Polis

Trending

Akibat Dicabar Rakan, Penganggur Nekad Bakar Pondok Bit Polis

Baru-baru ini, polis telah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kebakaran sebuah pondok bit polis di Pasat Jelawat, Bachok.

ADVERTISEMENT

BACA: 2 Individu Cuba Curi Ekzos Kereta Berjaya Diberkas Pihak Polis

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata kebakaran kecil itu berlaku pada 3.12 pagi dan kedua-dua lelaki yang berumur 24 dan 35 ditahan pada 10.30 malam pada isnin lalu.

Sumber : Kosmo!

Selain itu, pihak polis juga telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki membuat nyalaan api sebelum beredar dengan menunggang motosikal.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan risikan di daerah Bachok dan berjaya menahan dua lagi lelaki pada Isnin dan Selasa lalu termasuklah suspek utama dalam kejadian itu.

Termakan hasutan rakan

Menurut Shafien, suspek telah termakan hasutan dan cabaran rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan ketegasan anggota keselamatan menguatkuasa Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perkara itu juga menjadi punca kepada seorang penganggur yang bertindak membakar sebuah pondok bit polis pada Sabtu lalu.

Siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 34 tahun telah dicabar untuk melakukan perbuatan itu oleh rakan-rakannya selepas polis sering mengeluarkan kompaun terhadap pelanggan yang ingkar akan SOP di Pasar Besar Siti Aishah.

Tukar ‘cover set’ motosikal elak dicekup

Menurutnya, suspek sebelum dicekup bertindak menukar cover set motosikal jenis 125 bewarna merah yang digunakan kepada warna kuning.

Shafien (kiri) menunjukkan ‘cover set’ lama motosikal yang ditunggang suspek ketika membakar bit pondok polis Jelawat, Bachok baru-baru ini. (Sumber: Kosmo!)

Hal itu dibuat suspek bagi mengelakan dirinya dicekup serta tidak dapat dikesan pihak polis.

Polis telah menangkap dua lelaki pada semalam dan kelmarin sebelum menahan suspek di rumahnya di Kampung Gelong Badak, Jelawat. Bagaimanapun mereka mengaku akan perbuatan khianat tersebut.

Pemeriksaan di dalam rumah suspek turut menjumpai motosikal dan cover set lama motosikal yang digunakan olehnya semasa kejadian.

Mengulas lanjut, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod jenayah kes dadah.

Kredit: Kosmo! I Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas