Connect with us

Oh! Media

Akibat Bosan ‘Lockdown’, Pemilik Rumah Di Australia Bina Pagar Setinggi 579 CM

setinggi 579

Trending

Akibat Bosan ‘Lockdown’, Pemilik Rumah Di Australia Bina Pagar Setinggi 579 CM

Seorang penghuni di Chester Hill, Sydney, telah membuat jirannya marah kerana membina pagar rumah setinggi 579 sentimeter (cm) gara-gara bosan semasa perintah berkurung dijalankan.

ADVERTISEMENT

BACA: Menangis Kongsi Realiti Menakutkan, Rebecca Gesa Kerajaan Laksana ‘Total Lockdown

Menerusi laporan Utusan, penduduk di kawasan itu telah membuat aduan laporan kepada Majlis Perbandaran Cumberland pada Julai lalu, kerana pagar yang dibina itu telah menghalang pemandangan luar.

Tembok besar Chester Hill

setinggi 579
Pemandangan dari rumah jiran Ali.

Individu yang bernama Ali itu telah membina pagar yang mempunyai besar tiga kali ganda daripada pagar taman yang biasa. Dia menamakan pagar itu sebagai ‘Tembok Besar Chester Hill’.

Ali telah membina pagar ini kerana bosan dengan pelaksanaan lockdown yang dibuat demi membendung penularan Covid-19. Katanya, apabila jiran dapat melihatnya di dalam rumah, dia seperti sudah tiada privasi.

Apabila terpaksa berada di rumah dan jiran melihat anda, sudah tentu anda merasakan seperti tiada privasi. Jadi saya bina pagar tersebut ketika pandemik Covid-19.

Jiran di kawasan itu menyatakan tiada sebarang maklumat disampaikan kepada mereka ketika Ali mahu membina pagar setinggi 579 cm tersebut. Mereka marah kerana pagar itu telah menghalang sinaran matahari dan tidak dapat melihat pemandangan yang indah.

Boleh pula bosan-bosan dekat rumah buat pagar tinggi macam ni. Kalau dekat Malaysia ni, mesti dah kena pulau dengan jiran setempat.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas