Connect with us

Oh! Media

Akibat Ambil Ivermectin, Dua Kes Keracunan Dikesan

Ivermectin

Trending

Akibat Ambil Ivermectin, Dua Kes Keracunan Dikesan

Dua kes keracunan akibat pengambilan pil Ivermectin secara kendiri dikesan oleh Pusat Racun Negara. Macam mana mereka boleh percaya sedangkan benda itu masih belum diluluskan KKM lagi?

ADVERTISEMENT

BACA : Kes Makin Meningkat, Petugas KKM Sudah Penat

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes pertama melibatkan seorang pengguna berumur 35 tahun  yang mengambil satu biji Ivermectin sebelum mengalami sesak nafas sehingga 5 hari. Kes kedua pula melibatkan seorang warga emas yang mengambil 15 biji Ivermectin sekaligus dan tidak sedarkan diri. 

Menurut laporan Astro Awani, KKM menegaskan bahawa Ivermectin ini masih belum diluluskan sebagai rawatan atau pencegahan wabak yang sedang melanda. 

Menurut KKM lagi, pengambilan Ivermectin ini boleh penyebabkan keracunan yang mengakibat kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut dan pening berlaku.

Kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru, dan kematian dan malangnya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini.

Diharapkan semua berjaga-jaga. Jangan sewenangnya ambil apa-apa sahaja yang masih belum disahkan, tambah lagi yang melibatkan kesihatan diri kita.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas