Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Waran Tangkap Dikeluarkan Mahkamah Untuk Muhammad Sajjad

Trending

Akhirnya Waran Tangkap Dikeluarkan Mahkamah Untuk Muhammad Sajjad

Hari ini pihak Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kerana gagal hadir ke Mahkamah Tinggi.

ADVERTISEMENT

Sajjad sepatutnya perlu hadir ke Mahkamah untuk sebutan semula pertuduhan kes berpakaian wanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di Shah Alam.

Dia (Sajat) dimaklumkan tidak datang dan hakim mengeluarkan waran tangkap. – Kata Hakim Syarie Mohammad Khalid.

Peguam Syarie, Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Sajjad juga dikatakan menunggu kehadiran Sajjad di Mahkamah tetapi tidak tunjukkan dirinya hingga saat akhir.

Disebabkan itu, waran tangkap dikeluarkan dan sebutan semula kes akan ditunda ke 1 Jun 2021.

Jika Sajjad didapati bersalah, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dengan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas