Connect with us

Oh! Media

Ahli Politik India Buat Al-Quran Versi Sendiri, Mohon Disebarkan Ke Seluruh Sekolah Islam

Trending

Ahli Politik India Buat Al-Quran Versi Sendiri, Mohon Disebarkan Ke Seluruh Sekolah Islam

Seorang pemimpin Islam di India bertindak menerbitkan Al-Quran versinya sendiri dengan menghapuskan 26 ayat Al-Quran. 

ADVERTISEMENT

Waseem Rizvi, seorang yang terkenal dengan faham syiah itu juga meminta Perdana Menteri India, Narendra Modi supaya menggunakan Al-Quran terbitannya di seluruh sekolah-sekolah di India.

Waseem juga merupakan ketua Lembaga Pusat Wakaf Syiah di Uttar Pradesh, sering menimbulkan kontroversi melibatkan agama Islam, antaranya dia mengaku telah ‘menyusun’ semula dan menghapuskan 26 ayat Al-Quran kerana dianggap sebagai mempromosikan keganasan.

“Saya meminta PM Modi untuk memasukkan Al-Quran [versi] baru ini ke dalam kurikulum pendidikan di pelbagai madrasah dan institusi pendidikan Muslim di seluruh negara,” katanya.

“Versi Al-Quran yang diedit ini adalah Al-Quran yang betul dan akan segera tersedia di pasaran untuk dibeli oleh orang ramai,” katanya.

Dalam petisyennya, Rizvi telah menyatakan bahawa ayat-ayat ini didakwa telah digunakan oleh kumpulan pengganas yang bertindak atas nama Islam sebagai alasan untuk menyerang orang yang dianggap kafir.

Namun, Mahkamah Agung dalam keputusannya menyebut bahawa permohonan yang dibuat oleh Rizvi bersifat remeh dan melulu. Selain daripada itu, mahkamah turut mendenda Rizvi kerana mengajukan permohonan terbabit.

Dia juga berkata, penafsiran yang salah dan ekstrem terhadap 26 ayat yang dimaksudkannya boleh disalah faham dengan ketenteraan, fundamentalisme, ekstremenisme, dan keganasan.

Namun tidak lama selepas itu, permohonan yang tidak masuk akal oleh Waseem itu ke Mahkamah Agung dan dia telah dilaporkan kepada pihak polis oleh sekumpulan pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Suruhanjaya Nasional untuk Minoriti India menuntut permohonan maaf tanpa syarat dari Waseem Rizvi atas petisyennya. Pada 20 Mac yang lalu pula, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jama di ibu negara India, New Delhi, untuk memprotes tindakannya.

Para penunjuk perasaan, yang datang dari komuniti Syiah dan Sunni, menuduh Waseem Rizvi sengaja untuk mewujudkan konflik antara kedua-dua fahaman tersebut.

Kredit : TheVocket

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas