Connect with us

Oh! Media

Selain Disuruh Hentikan Perbalahan, Agong Titah Ahli Dewan Beri Sokongan Padu Kepada Belanjawan 2021.

Oh! Tidak

Selain Disuruh Hentikan Perbalahan, Agong Titah Ahli Dewan Beri Sokongan Padu Kepada Belanjawan 2021.


Dah nak dekat akhir tahun ni, pembentangan bajet 2021 pun dah semakin hampir. Mesti korang perasankan, setiap tahun mesti ada tambahan baru dalam bajet tahunan, agak-agaknya apalah tambahan baru yang akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk belanjawan yang akan datang ni.

Menurut sumber hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.

Al-Sultan Abdullah ada menegaskan bahawa Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen pada masa yang terdekat ini amat penting kepada kerajaan dan pihak-pihak berkuasa khususnya kepada petugas barisan hadapan.

Al-Sultan Abdullah juga menyeru agar ahli Dewan Rakyat untuk menghormati titah nasihat Seri Paduka supaya mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

Apapun sama-samalah kita nantikan pengumuman untuk pembentangan belanjawan tahun 2021 okay guys.

Kredit: Sinar Harian

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top