Connect with us

Agong Bagi Nasihat Deep Dekat Orang Politik

Oh! Politik

Agong Bagi Nasihat Deep Dekat Orang Politik

Rasanya ramai rakyat Malaysia yang semakin bosan dengan politik Malaysia yang dilihat hanya ingin merebut kuasa. Lagi-lagi bila rakyat pada waktu ini sedang sesak nafas nak melawan wabak Covid-19.

Tapi kita tak perlu risau sebab Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah juga merasakan perkara yang sama apabila turut menasihatkan ahli politik untuk bermuhasabah diri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Sultan Abdullah memberikan nasihat yang sama sekali lagi supaya menunjukkan kematangan dalam berpolitik, memahami dan menjiwai keluh kesah rakyat.

Seri Paduka Baginda menasihati rakyat, khususnya ahli politik, untuk bersama bermuhasabah agar negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu ketika kita semua masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman wabak Covid-19.

Seri Paduka Baginda juga menegaskan ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan tetapi sebaliknya menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lantaran itu, Seri Paduka Baginda menasihati seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi penularan Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara.

Mengambil keberkatan sempena hari Jumaat yang mulia ini, Al-Sultan Abdullah turut menyeru seluruh rakyat untuk berdoa semoga negara yang kita cintai bersama ini dikurniakan keamanan dan ketenangan agar kemakmuran dan kesejahteraan negara serta rakyat sentiasa terjamin. – Katanya.

Memang inilah yang diharapkan seluruh rakyat Malaysia pada waktu ini. Kita tidak mahu melihat orang politik terus mementingkan pangkat dan kuasa. Sebaliknya, duduk semeja dan bersama-sama membantu Malaysia untuk terus selamat mengharungi wabak bahaya ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top