Connect with us

Oh! Media

Adik Ini Sanggup Berkhemah Di Atas Bukit Untuk Jawab Peperiksaan Online

Oh! Tidak

Adik Ini Sanggup Berkhemah Di Atas Bukit Untuk Jawab Peperiksaan Online

Demi nak menjawab peperiksaan dengan mudah tanpa masalah gangguan internet, seorang remaja perempuan ni sanggup berkhemah di atas bukit di Tanah Merah, Perak baru-baru ini. Adik Nurlieda Khaleeda yang merupakan pelajar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya ini hanya berbekalkan laptop dan modem WiFi di atas sebuah meja kecil sahaja di bawah khemah.

ADVERTISEMENT

Walaupun selama 10 hari di atas bukit yang berketinggian 20 meter dan diganggu nyamuk, pacat dan sebagainya di sana, adik Nurlieda yang merupakan pelajaran jurusan Teknologi Makmal Perubatan itu mengatakan yang itu sahaja cara untuk dirinya dapatkan internet yang laju di sekitar kawasan tempat tinggalnya.

Saya pulang ke kampung sejak Julai lalu dan dalam tempoh itu perlu mengikuti kelas secara dalam talian menyebabkan saya perlu keluar dari kampung sejauh tiga kilometer sebelum menerima liputan internet dengan jelas.

Selalunya dalam tempoh satu hingga dua jam, sesi pembelajaran itu berlangsung dalam kereta dan jika ada kelas malam (secara dalam talian), saya akan ditemani ayah atau adik untuk berada di dalam kereta.

Nurlieda telah dirikan khemah tersebut selama dua minggu sebab peperiksaan yang didudukinya itu perlukan internet yang laju. Nurlieda juga perlu merakam video secara live sepanjang peperiksaan berlangsung.

Khemah itu saya gunakan sepanjang peperiksaan berlangsung selama dua minggu ini dengan sambungan bekalan elektrik dari rumah.

Selama satu atau dua jam peperiksaan berlangsung, saya perlu merakam video sepanjang peperiksaan menerusi telefon bimbit yang dipasang di tripod untuk pemerhatian pensyarah.

Hanya di bukit ini sahaja liputan internet boleh diakses dengan baik walau terdapat sedikit gangguan namun setakat tiga kertas peperiksaan berlangsung, segalanya berjalan lancar.

Ohmedia harapkan semua tempat di Malaysia ini tiada lagi masalah gangguan internet. Maklumlah, zaman sekarang ni kan semua benda online gais.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca sanggup berkhemah demi menjawab peperiksaan di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top