Connect with us

Oh! Media

Addy Kanna & 2 Polis Dibebaskan Serta-Merta Dari Tahanan

Oh! Tidak

Addy Kanna & 2 Polis Dibebaskan Serta-Merta Dari Tahanan

Masih ingat dengan kes lompat pagar tertinggi di Malaysia? Terbaru, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan untuk membebaskan dengan serta merta Datuk Addy Kanna bersama dua anggota polis yang sebelum ini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

ADVERTISEMENT

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan untuk membebaskan mereka bertiga pada petang semalam 27 April 2021 selepas mempengerusikan panel lima hakim dengan membenarkan rayuan ketiga-tiga mereka terhadap permohonan writ habeas corpus.

Rayuan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan permohonan writ habeas corpus perayu (Addy Kana dan dua lagi) dibenarkan. Justeru, dengan perintah setiap perayu dibebaskan daripada tahanan serta-merta. – Kata Hakim Tengku Maimun.

Mereka bertiga sebelum ini ditahan berikutan sindiket perjudian dalam talian yang menggemparkan negara.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top