Connect with us

Oh! Media

“Ada Sesetengah Tu Berapa Rakaat Dalam Setiap Solat Pun Tak Tahu” – Guru Risau Masa Depan Pelajar

Oh! Tidak

“Ada Sesetengah Tu Berapa Rakaat Dalam Setiap Solat Pun Tak Tahu” – Guru Risau Masa Depan Pelajar

Rosak budak-budak sekarang ni sampai fardu ain pun buat tak kisah je. Lagi menyedihkan ibu bapa pun tak pantau aktiviti anak-anak.

ADVERTISEMENT

BACA: Bekerja Syif, Staf Dapat ‘Query Letter’ Gara-Gara Keluar Solat Jumaat

Menerusi laporan mStar, seorang guru sekolah menengah mendedahkan hari ini ramai pelajar yang tak kisah langsung tentang agama dan ada juga yang masih tak pandai mendirikan solat.

Pendedahan ini mengejutkan ramai netizen kerana perkara ini sepatutnya benda yang paling asas diajarkan oleh ibu bapa.

Cikgu-cikgu je tahu betapa ramai pelajar terutamanya budak sekolah menengah yang langsung tak solat. Ada sesetengah tu berapa rakaat dalam setiap solat pun tak tahu.

Padahal dilahirkan islam, dibesarkan pun dalam keluarga islam. Menyedihkan sekali.

Difahamkan seorang lagi guru tampil menceritakan seorang pelajar pernah bercerita bahawa ibunya langsung tak pernah ajar kerana ada masalah rumah tangga.

Ayah dia pula memang dah lama menghilang, sampai pelajar tu sendiri pun tak kenal dan tak pernah tahu siapa ayahnya. Budak tu tiada tempat untuk dia belajar dan merujuk, terkontang-kanting.

Sedih sekali keadaan masyarakat kita dan juga sangat menakutkan fikiran masa depan negara kita.

Walaupun guru adalah pendidik, tak bolehlah kita nak serahkan semua kepada mereka. Para ibu bapa juga perlu lebih proaktif dalam membimbing keluarga.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas