Connect with us

Oh! Media

“Ada Kata Ini Akibat Menunjuk” – Anak Hafiz Mahamad Demam Panas, Menangis Takut ‘Kawan’ Atas Almari

hafiz mahamad sihir

Trending

“Ada Kata Ini Akibat Menunjuk” – Anak Hafiz Mahamad Demam Panas, Menangis Takut ‘Kawan’ Atas Almari

Usahawan dan juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad sebelum ini tampil membuka mulut mengenai situasi yang terjadi kepada dirinya serta isteri, Syafiqah Aina.

ADVERTISEMENT

Dia mendakwa ada pihak yang tidak senang dengannya dan telah menggunakan ilmu hitam. Pasangan itu bagaimanapun telah mendapatkan rawatan perubatan Islam.

BACA: “Ada Yang Tak Senang Lihat Kami” – Isteri Kena Buatan Orang, Hafiz Mahamad Maafkan Pelaku

Terbaru, anak pasangan ini pula dipercayai terkena gangguan apabila nampak ada ‘kawan’ di atas almari rumahnya. Sebelum berangkat menunaikan umrah, anaknya demam panas dan menangis sambil tangan menunjukkan sesuatu.

Anak Hafiz Mahamad menangis nampak ‘kawan’

Kata usahawan ini, dia menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan berdoa semoga insan yang menganiaya keluarganya timbul rasa bersalah dalam diri.

hafiz mahamad

Ada yang mendakwa apa yang terjadi berpunca daripada dirinya yang suka menunjuk-nunjuk.

Carilah di soc media saya. “Harta kemewahan” apa yang saya pernah share? Tak pernah selain senyuman isteri, anak dan awak sahabat saya. Sama seperti orang lain. Saya tak share “apa saya ada” tapi saya share “apa saya beri”.

Usahawan ini sempat memohon maaf kepada ‘pelaku’ agar memaafkannya jika ada kekurangan. Katanya, selagi dia bernafas dia akan terus membahagiakan orang tersayang.

Kredit: Instagram Hafiz Mahamad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas