Connect with us

Oh! Media

“Ada Kalanya Kita Rasa Keseorangan” – Datuk Seri Najib

Trending

“Ada Kalanya Kita Rasa Keseorangan” – Datuk Seri Najib

Seperti yang kita tahu, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini sedang menghadapi beberapa kes di mahkamah yang didakwa terlibat dengan kes rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.

ADVERTISEMENT

BACA: Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat, Nafi 4 Perkara

Bahkan ketika ini, kes perbicaraan tersebut dijangka akan berlarutan dan berpanjangan selepas peguam yang menjadi wakil kepada bekas Perdana Menteri itu bertindak mahu menarik diri daripada mewakilinya selepas dikatakan tidak mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan.

Nukilan sedih bekas PM

Terbaru, Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan memuatnaik satu nukilan sedih memaparkan keadaan dirinya yang sedang berdepan dengan kes perbicaraan itu.

Menurut Najib, perjalanan hidup bagi setiap insan itu berbeza dan pastinya mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan namun, tidak terlepas daripada sebarang ujian kehidupan.

Perjalanan hidup setiap insan berbeza.

Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita.

Ada kalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia.

Ada kalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan.

Najib turut menulis nukilan mengenai pengkhianatan serta penganiayaan yang akhirnya akan membuatkan diri seseorang itu berasa keseorangan.

Dengan fitnah dan penganiayaan.

Dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan.

Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan.

Ada kalanya kita merasa kita … keseorangan.

Semoga DS Najib terus tabah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat bekas Perdana Menteri itu.

Kredit: Facebook Najib Razak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas