Connect with us

Oh! Media

‘Ada Bukti Kejadian Ini Dirancang’ – Empat Sekeluarga Islam Terbunuh Dilanggar Ketika Melintas Jalan

Trending

‘Ada Bukti Kejadian Ini Dirancang’ – Empat Sekeluarga Islam Terbunuh Dilanggar Ketika Melintas Jalan

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menerusi perkongsian di Twitter menzahirkan rasa kesal dengan insiden serangan membabitkan sebuah keluarga oleh penyerang Islamofobia.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Ontario, Kanada, petang Ahad lalu menyebabkan empat sekeluarga iaitu dua wanita berusia 44 dan 77 tahun, lelaki berusia 46 tahun serta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh.

Foto: trtworld/Twitter @Pacinthe

Sementara itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun parah dan menerima rawatan lanjut di hospital.

Memetik laporan Harian Metro, empat sekeluarga berkenaan dilanggar sehingga maut ketika mahu melintas jalan di bandar London yang terletak 200 kilometer dari barat daya Toronto.

Superintendent Jabatan Polis London, Paul Waight dalam laporan CityNews berkata pemandu kenderaan sengaja melanggar keluarga berkenaan kerana mereka beragama Islam.

Ada bukti menunjukkan kejadian ini sudah dirancang kerana dorongan kebencian.

Mangsa dipercayai menjadi sasaran kerana mereka beragama Islam.

Susulan insiden tersebut, seorang lelaki berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Nathaniel Veltman telah ditahan untuk membantu siasatan.

Laporan Reuters menyatakan suspek berdepan empat tuduhan pembunuhan peringkat pertama manakala satu tuduhan cubaan membunuh.

Suspek akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis setelah ditahan reman Isnin lalu.

Kredit: Harian Metro, Reuters

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas