Connect with us

Oh! Media

‘Ada Bukti Gambar Mereka Sedang Bercakap’ – Penternak Lembu Dikompaun Tak Pakai Mask

Trending

‘Ada Bukti Gambar Mereka Sedang Bercakap’ – Penternak Lembu Dikompaun Tak Pakai Mask

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang penternak lembu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika bercakap dengan seorang individu di hadapan rumah.

ADVERTISEMENT

Ketika kejadian, Nik Azman Nik Lah dipercayai sedang memberi makanan kepada ternakannya dalam jarak 10 meter daripada rumah.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihak polis akan menggunakan budi bicara sekiranya penternak lembu terbabit hanya berseorangan di lokasi.

Polis membuat pemerhatian dan mempunyai bukti gambar bahawa mereka sedang bercakap tanpa memakai pelitup muka sebelum mendekati, namun lelaki bermotosikal sempat melarikan diri.

Pihak kita menyoal penternak itu yang mengakui bercakap dengan seorang lelaki tanpa memakai pelitup muka sebelum mengeluarkan kompaun

Ujarnya lagi, pihak polis mempunyai bukti penternak itu sedang bercakap dengan individu lain yang menaiki motosikal di tepi jalan.

Jelasnya lagi, untuk pengurangan kompaun, penternak berkenaan boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dalam masa 14 hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi pengurangan yang banyak jika membuat rayuan dalam tempoh ditetapkan.

Beliau memaklumkan operasi dibuat hasil maklumat orang awam bahawa terdapat ramai penduduk kampung yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas