Connect with us

Oh! Media

“Ada Belia Dah Pergi Haji Dua Kali Tapi Warga Emas Masih Tunggu Giliran” – Penyelaras ANGKARA Persoal Penggiliran Jemaah Haji

Oh! Tidak

“Ada Belia Dah Pergi Haji Dua Kali Tapi Warga Emas Masih Tunggu Giliran” – Penyelaras ANGKARA Persoal Penggiliran Jemaah Haji

Seperti yang kita tahu, mereka yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) akan dipilih mengikut giliran untuk menunaikan tabung haji dengan warga emas serta golongan kali pertama akan diberikan keutamaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Demi Ibadah Haji, Lelaki Berjalan Sejauh 4,000 Batu Ke Mekah Undang Sebak Netizen

Namun menerusi MalaysiaGazette, ada pihak yang mula meragui adakah penentuan penggiliran jemaah haji yang mengikut kriteria itu masih lagi dipraktikkan TH.

Menurut penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli, masih ada golongan warga emas menunggu giliran untuk ke tanah suci sejak bertahun lamanya.

Persoalan ini timbul apabila saya dihubungi oleh seorang warga emas yang telah mengubungi pihak TH berkali-kali dan bertanya jika dia layak tapi TH minta tunggu panggilan atau giliran yang berikutnya.

Tiba-tiba apabila dia tengok televisyen, terpapar kisah seorang anak muda yang gembira dapat pergi haji kali kedua. Bukan melalui swasta tapi melalui TH.

Jadi kita nak tahu, bagaimana pemilihan yang dilakukan TH. Kuota kita semakin berkurangan, kerajaan menghadkan golongan berusia 65 tahun ke bawah, jadi ramai lagi mereka yang sepatutnya boleh menunaikan haji tahun ini tidak terpilih.

Dalam pada itu, Shukri juga mahu pihak berkaitan menjelaskan adakah jemaah yang memilih pakej di bawah agensi swasta mempengaruhi pengurangan kuota bagi jemaah haji yang berdaftar dengan TH.

Tetapi andai kata untuk swasta ini, iaitu yang kita panggil pakej VIP, pakej kayangan ini termasuk dalam kuota haji untuk negara kita yang diperuntukkan oleh kerajaan Arab Saudi, saya rasa sudah tiba kuota untuk VIP ini dikurangkan.

Untuk info, Pada April yang lalu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin mengumumkan bahawa bakal jemaah haji yang giliran tunai hajinya pada 2020, diikuti giliran pada 2021 dan seterusnya 2022 akan diutamakan.

Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan Arab Saudi iaitu 31,600 jemaah pada 2019.

Kredit: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas