Connect with us

Oh! Media

Nampak Adik Macam Jin, Abang Bawa Batang Besi Dan Ugut Bunuh

Oh! Tidak

Nampak Adik Macam Jin, Abang Bawa Batang Besi Dan Ugut Bunuh

Kita mesti pernah dengar certain orang yang ada kelebihan sixth sense, iaitu dia boleh nampak atau rasa kehadiran makhluk yang ada di alam lain. Contohnya, boleh nampak hantu. Itu semua sebenarnya satu anugerah yang istimewa dari Tuhan buat diorang.

Lain pula ceritanya dengan seorang lelaki dekat Kepala Batas ni. Dia dakwa nampak dua orang adiknya kelihatan seperti jin. Lebih teruk, bukannya boleh nampak sebab dia ada sixth sense, tapi sebab dia bawah pengaruh dadah. Memang betul-betul bawa dia terbang ke dunia lain ya!

Akibatnya, dia telah bertindak untuk membunuh ‘jin-jin’ tersebut iaitu adik-adiknya sendiri. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, suspek secara tiba-tiba jerit “Hampa syaitan!” sebelum mengamuk dan mengejar mereka guna batang besi.

“Dua beradik itu turut mendengar suspek menjerit suruh keluar sambil mengugut mahu membunuh mereka.” – katanya.

Mereka berdua telah berlari ke dalam rumah dan mengunci pintu sebelum larikan diri ikut pintu belakang. Kerana takut dengan perlakuan abangnya, mereka telah hubungi polis yang kemudiannya menahan suspek kira-kira 20 minit kemudian. Hasil siasatan, suspek positif syabu dan morfin serta mempunyai tiga rekod berkaitan dadah.

Nasib baik tiada benda buruk yang jadi. Sebab itu orang kata, dadah itu membinasakan. Bukan je untuk diri sendiri, tapi silap-silap boleh effect orang yang tersayang juga. Fikir-fikirkanlah.

Kredit: Utusan Malaysia

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top