Connect with us

Oh! Media

“Untuk Bagi Kesedaraan Pada Orang Ramai”, 8 Penduduk Disaman Ketika Keluar Mencari Barang Keperluan

Trending

“Untuk Bagi Kesedaraan Pada Orang Ramai”, 8 Penduduk Disaman Ketika Keluar Mencari Barang Keperluan

Sejak semalam, tular rakaman video yang memaparkan lapan orang penduduk kampung, termasuklah seorang pemandu kereta sapu yang disaman kerana telah melanggar SOP PKP dengan membawa penumpang lebih daripada 50 peratus jumlah had yang dibenarkan.

ADVERTISEMENT

Dalam rakaman itu, mereka dikatakan telah meluahkan rasa sedih selepas disaman sebanyak RM1,000 oleh pihak berkuasa sedangkan mereka hanya keluar untuk membeli barangan keperluan saja.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, dia turut bersimpati dengan nasib lapan penduduk kampung di pedalaman Sabah yang telah disaman itu.

Katanya, tindakan itu dibuat supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya mematuhi SOP PKP supaya rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan.

Saya simpati dengan mereka (penduduk kampung) terutama pada kereta sapu..kita cukup bertoleransi tapi ada yang seolah-olah ‘cacing naik ke mata’ apabila sewenang-wenangnya melanggar SOP PKP dan menggunakan sentimen alasan kebajikan untuk menutup kesalahan yang dilakukan.

Mereka tidak tahu sangat (berkenaan SOP) tetapi oleh kerana si pemandu kereta sapu yang mahu mengaut untung lebih ini, pihak polis kena ambil tindakan. – Kata Datuk Hazani Ghazali.

Hazani berkata, video yang tular di laman sosial itu dianggap sebagai satu bentuk provokasi kepada pasukan keselamatan yang selama ini telah banyak menggunakan kuasa budi bicara selama tempoh PKP dikuatkuasakan.

Jika PDRM melaksanakan sepenuhnya SOP PKP yang dikuatkuasakan, maka lebih banyak kompaun yang akan dikenakan. Kami menasihati masyarakat supaya mematuhi SOP PKP yang dikuatkuasakan.

Bermula hari ini juga, saya akan memastikan semua Ketua Polis Daerah (KPD) dan barisan hadapan untuk mengambil tindakan tegas dan tanpa kompromi bagi mana-mana individu yang melanggar SOP PKP kini. – Katanya.

Demi untuk beri kesedaran kepada orang ramai terpaksalah mereka akur. Semoga tuhan permudahkan urusan buat mereka-mereka yang telah disaman oleh pihak berkuasa kerana melanggar SOP PKP. #StaySafe

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas