Connect with us

Oh! Media

7 Petugas Kaunter JPJ Johor Ditahan Seleweng RM3.1 Juta

Trending

7 Petugas Kaunter JPJ Johor Ditahan Seleweng RM3.1 Juta

Disebalik berita gembira tibanya bekalan vaksin Covid-19 ke Malaysia, ada pula berita petugas kaunter JPJ, Johor seleweng RM3.1 juta.

ADVERTISEMENT

Kes ini melibatkan tujuh orang petugas kaunter JPJ yang didakwa menyeleweng urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) membabitkan lebih 1,000 jenis kenderaan dan kini dalam tahanan SPRM.

Mereka dipercayai memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan cukai jalan LKM yang mana jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Disember 2019. – Kata sumber Harian Metro.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta kerjasama mana-mana pihak termasuk agensi untuk membantu siasatan sekiranya mengetahui berlaku penyelewengan.

Untuk pengetahuan korang, mereka boleh melakukan aktiviti ini kepada setiap pelanggan, jadi amat penting untuk kita memeriksa resit selepas melakukan urusan di kaunter.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas