Connect with us

Oh! Media

5 Peraturan Dalam Acara Sukan Olimpik Yang Pelik Tapi Tetap Digunakan

Trending

5 Peraturan Dalam Acara Sukan Olimpik Yang Pelik Tapi Tetap Digunakan

Pada 8 Ogos 2021 yang lalu, sukan Olimpik Tokyo secara rasminya melabuhkan tirai selepas 17 hari berlangsungnya setiap acara yang bertanding.

ADVERTISEMENT

BACA: Benarkah Pingat Emas Sukan Olimpik Diperbuat Daripada 100% Emas Tulen?

Masyarakat di seluruh dunia mula terasa akan ‘pemergian’ sukan ini dan segala kenangan akan sentiasa tersemat dalam jiwa mereka.

Selama temasya ini berlangsung, Malaysia telah berjaya mengumpul dua pingat iaitu pingat gangsa dan perak melalui acara beregu badminton dan lumba berbasikal.

Usaha serta semangat yang diperjuangkan oleh atlet negara sedikit sebanyak memberikan impak dalam pencapaian negara kita bagi merebut pingat dalam acara tersebut.

Namun, sebelum kita ‘menutup tirai’ secara rasmi, adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa peraturan pelik yang wujud dalam sesuatu acara tetapi kita tak perasan. Jom kita tengok!

1. Panjang stokin dalam sukan lumba basikal

Gambar orang sedang ukur panjang stokin

Pelik tapi benar, namun itulah kenyataannya. Setiap atlet dalam acara lumba berbasikal mempunyai spesifikasi dalam pemilihan stokin yang perlu dipakai.

Pada tahun 2018, badan yang mengendalikan pelumba basikal profesional seluruh dunia iaitu Union Cycliste International (UCI) telah memperkenalkan peraturan ini.

Bagi ketetapan tersebut, stokin yang perlu dipakai oleh atlet perlulah tidak melebihi separuh daripada jarak antara lutut dan buku lali.

Sekiranya peraturan itu tidak diikuti, maka atlet berkemungkinan tidak dibenarkan bertanding.

Peraturan ini direka bagi menampakkan bahagian betis mereka supaya tiada peralatan atau alat dipasang yang mampu membantu mereka dalam mencapai kemenangan.

2. Peserta tinju dilarang menyimpan janggut

gambar atlet petinju

Peraturan ini dicipta mungkin tidak mahu menyebabkan atlet mengalami kecederaan pada wajah mereka. Oleh itu setiap peserta wajib bercukur.

Semua atlet sukan tinju perlulah mencukur janggut mereka dan hanya kumis yang tidak melebihi panjang bahagian bibir atas sahaja dibenarkan.

Namun, disebalik peraturan ini, terdapat juga isu yang timbul melibatkan kepercayaan agama masing-masing.

Ia menjadi kontroversi kepada para pentinju yang beragama sikh yang mana menyimpan janggut merupakan satu kewajipan dalam agama mereka.

Bukan sahaja melibatan sukan dalam olimpik, malah turut melibatkan acara bukan olimpik untuk acara ini sebagai garis panduan dalam setiap pertandingan tinju.

3. Kuda dalam acara lompat berkuda akan diberikan oleh pihak penganjur

Acara Pentatlon moden

Lompat berkuda merupakan salah satu dalam acara pentatlon moden yang akan mengabungkan lima acara dalam satu pertandingan.

Pentatlon moden mula memasuki Olimpik pada tahun 1912 dengan mengabungkan lima bidang berbeza iaitu menunggang, menembak, lawan pedang, berenang dan berjalan.

Dalam acara lompat berkuda, peserta dikehendaki menunggang kuda melalui 15 halangan yang disediakan.

Namun, ia mungkin menjadi lebih sukar apabila peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan kuda sendiri, sebaliknya akan disediakan sendiri oleh penganjur.

Acara ini kadang-kala bergantung kepada nasib sama ada kuda tersebut memberikan kerjasama ataupun tidak.

Jika kurang bernasib baik, atlet perlulah redha menerima hakikat seandainya kuda tersebut tidak mengikut arahan dan berpotensi menerima markah kosong.

4. Bilangan atlet dalam peringkat akhir gimnastik

Gambar Farah Ann

Dalam setiap kejohanan Olimpik, sudah semestinya terdapat sebuah negara yang melahirkan atlet berbakat sehingga kesemua daripada mereka mampu bertanding dalam peringkat akhir.

Kemungkinan terdapat 3 atlet dalam negara sama yang layak bertanding pada peringkat akhir oleh sebab kecemerlangan mereka.

Namun, jika perkara itu berlaku, mereka tidak membenarkan penyertaan itu sebaliknya hanya dua atlet saja yang layak untuk bertanding.

Atlet ketiga yang sepatutnya bertanding itu akan diganti dengan peserta yang kedudukan di bawahnya dengan syarat bukan dalam negara yang sama.

Peraturan ini diperkenalkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) bagi mempelbagaikan atlet dari negara yang berbeza dalam peringkat akhir.

5. Penilaian semula markah dengan wang tunai

Gambar juri Gimnastik

Dalam acara gimnastik, jika terdapat mana-mana peserta atau wakil negara yang tidak berpuas hati dengan markah juri, mereka boleh meminta untuk menilai kembali markah tersebut.

Namun, mereka perlu membayar sejumlah wang tunai kepada pihak permarkahan bagi menilai kembali keputusan yang telah mereka tetapkan.

Lebih menarik, wang yang perlu dibayar hendaklah diberi secara cash ketika acara tersebut sedang berjalan.

Bagi permohonan pertama, wakil setiap negara perlu membayar sebanyak $300 (RM1,265) dan untuk penilaian semula kali kedua berjumlah $500 (RM2,109) serta aduan terakhir berjumlah $1000 (RM4,219).

Tetapi wang yang dibayar itu akan dipulangkan jika penilaian semula berjaya. Jika gagal, wang tersebut akan disimpan oleh penganjur untuk disumbangkan kepada badan kebajikan.

Apapun peraturan yang wujud, itu bukanlah alasan kepada para atlet untuk tidak berjaya. Seharusnya mereka menggunakan ia sebagai motivasi dalam memperbaiki pencapaian mereka.

Oleh itu, semua atlet termasuk atlet Malaysia perlu mempersiapkan diri iaitu dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi sukan berprestij ini.

Semoga di masa hadapan, Malaysia mampu memberikan cabaran sengit kepada negara-negara besar dalam sukan Olimpik sekaligus mensasarkan lebih banyak pingat.

Kredit: Iluminasi I Unansea

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas