Connect with us

Oh! Media

46 Warga Emas Tertipu, Konon Menang Kereta Toyota

Trending

46 Warga Emas Tertipu, Konon Menang Kereta Toyota

Wah, bijak betul lelaki ni menyamar sebagai pengarah urusan pasar raya dan menipu 46 warga emas kononnya mereka telah menang cabutan bertuah dan akan bawa pulang kereta. Alahai scammer. Orang tua-tua pun kau nak aniaya, ya?

ADVERTISEMENT

Kereta yang ditawarkan pun, bukan calang-calang tau. Antara Toyota Avanza atau Toyota Vios. Fuh, siapa taknak! Tapi, jangan risau. Lelaki tersebut dah pun ditangkap oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Menurut ketua JSJK Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew, kebanyakan mangsa percaya sebab cara berpakaian suspek memang nampak sebiji macam orang berjawatan.

“Suspek minta mangsa menyerahkan kad kredit serta lesen memandu bagi pendaftaran dan insurans bagi mendapatkan kenderaan berkenaan, meminta nombor pin sebelum menghilangkan diri.” – katanya.

Haih, dunia zaman sekarang ni memang susah kita nak percaya orang. Jadi, kita kenalah berhati-hati kalau jumpa orang yang macam ni. Yelah, kalau fikir secara logik pun, mana ada orang nak senang-senang kasi hadiah tanpa sebab, kan? Masuk toilet pun kena bayar hahaha.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas