Connect with us

Oh! Media

45 Minit Tahan Sakit Tangan Tersangkut Dalam Lubang Saluran

Trending

45 Minit Tahan Sakit Tangan Tersangkut Dalam Lubang Saluran

Seorang lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira 45 minit apabila sebelah tangannya didapati tersangkut di dalam lubang saluran dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pulai Tuah, Skudai malam semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang berlaku pada pukul 7.40 malam itu berlaku disebabkan lelaki berusia 37 tahun itu cuba untuk mengambil barang berharga yang terjatuh melalui lubang saluran itu sehingga menyebabkan sebelah tangan kanannya tersangkut.

Disebabkan hal berkenaan, lelaki itu bertindak mendapatkan bantuan daripada pihak bomba bagi membantunya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Riduan Akhyar berkata, setibanya pihak beliau di lokasi, terdapat seorang lelaki yang tangan kanannya terlekat di dalam lubang saluran hingga ke paras siku manakala besi penutup lubang saluran itu terletak di sikunya.

sebelah tangan yang berjaya dilepaskan dari saluran selepas kira-kira 45 minit tersangkut

Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa menggunakan peralatan khas. Tugas sedikit rumit memotong besi tersebut dalam masa sama memastikan mangsa tidak tercedera.

Mangsa walaubagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius hanya sedikit calar-balar di tangannya sahaja.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas