Connect with us

Oh! Tidak

4 Orang Penumpang Didakwa Mencuri Duit Dan Kad Kredit Dalam Pesawat

Baru-baru ini ada kes kecurian dalam flight dari Malaysia ke Vietnam. Katanya beberapa penumpang hilang duit dan juga kad kredit dalam kejadian ni.

BACA: Kotak Perakam Suara Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina Dijumpai Dalam Keadaan Hangus Terbakar

IKLAN

Menurut video yang tular di Instagram, seorang penumpang mendedahkan dia adalah saksi kepada kes curi di dalam pesawatnya.

Katanya, sebelum kejadian, dia perasan ada seorang lelaki dari tempat duduk belakang pergi ke kawasan berdekatan mereka dan menurunkan beg dari loker atas lalu memulangkannya semula.

Jangan sesekali tinggalkan duit, kad kredit dan apa-apa yang penting dalam loker atas kepala semasa penerbangan anda.

Kemudian, 3 penumpang barisan hadapan mendapati duit dan kad kredit mereka telah dicuri.

Selepas melakukan pemeriksaan, kru pesawat menemukan sebahagian duit yang disorokkan dalam stokin di dalam loker.

Naik flight semata-mata untuk mencuri

Penumpang ini juga menyatakan pencuri cuba untuk melarikan diri selepas pesawat mendarat namun, akhirnya ditangkap oleh pengawal di situ.

Kami dibawa ke bilik soal siasat di lapangan terbang di Saigon, di mana kami membantu membuat laporan kenyataan saksi.

Kami juga dapat tahu bahawa lelaki ini datang berempat dan sentiasa membuat penerbangan transit sehari ke seluruh dunia.

Lebih mengejutkan, mereka juga dikatakan naik pesawat hanya untuk mencuri duit dan kad kredit penumpang lain. Bahaya betul ni..

Bahaya betul sekarang ni, macam-macam boleh jadi. Selalunya orang bercuti sebab nak tenangkan fikiran tapi lain pula yang jadi. Semoga pihak berkuasa ketatkan lagi pengawasan di dalam flight.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas