Connect with us

Oh! Media

31 Anggota Polis Terlibat Dengan Addy Kanna Akan Ditamatkan Perkhidmatan

Trending

31 Anggota Polis Terlibat Dengan Addy Kanna Akan Ditamatkan Perkhidmatan

Kes sindiket penipuan Macau Scam dan perjudian dalam talian melibatkan Addy Kanna nampaknya masih terus berjalan di mana Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan 31 pegawai dan anggota polis yang terlibat akan ditamatkan perkhidmatan.

ADVERTISEMENT

Bukan hanya dibuang kerja, mereka yang melanggar amanah itu juga akan dikenakan hukuman berat sebaik sahaja Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melengkapkan kertas siasatan.

Kesalahan itu dianggap sesuatu yang amat serius atas kepentingan orang ramai. Bukan calang-calang saya sebagai Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan. Jadi saya membawanya ke peringkat atasan supaya ia dapat diadili sebaiknya dan seadil-adilnya.

Apabila perkara ini diangkat ke atas kemungkinan hukuman dikenakan kepada mereka adalah buang kerja, turun pangkat atau lain-lain termasuk potongan gaji, tetapi dua hukuman yang utama pastinya dibuang kerja atau diturunkan pangkat…itu kuasa yang ada pada SPP. – Katanya kepada pemberita.

Semua anggota yang ditahan selepas didapati memiliki nilai aset dan kehidupan luar berbisa dibandingkan dengan anggota biasa.

Ini termasuklah seorang pegawai berpangkat inspektor yang kantoi memiliki wang simpanan berjumlah RM1 juta.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas