Connect with us

Oh! Media

3 Pelajar Malaysia ‘Johan’ Cipta Alat Pantau Tahap Oksigen Hutan

pelajar

Trending

3 Pelajar Malaysia ‘Johan’ Cipta Alat Pantau Tahap Oksigen Hutan

Tiga orang pelajar lelaki, Muhammad Amiruddin Amar, Ahmad Nasharuddin Anua dan Mifzal Haziq Mazelan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Terengganu, telah memenangi pingat johan dalam mencipta peranti yang menganalisis paras oksigen hutan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar Universiti Berusia 19 Tahun Juara Pidato Umum Antarabangsa

Menerusi laman Sinar Plus, penciptaan alat Analisa Peratusan Oksigen ini memberi manfaat kepada seluruh dunia kerana penebangan hutan yang semakin meningkat di pelusuk dunia.

Menyelesaikan masalah dunia

Pertandingan Do Your: Bit Challenge Asia Pasifik ini dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Micro:bit, untuk melatih pelajar menggunakan kemahiran yang mereka ada bagi mengatasi masalah dunia.

Menurut Sinar Plus, Analisa Peratusan Oksigen ini boleh berfungsi menggunakan dua komputer bersaiz poket proprietari micro:bit, satu akan diletakkan di dalam hutan manakala satu lagi diletakkan di dalam bilik kawalan. Kedua-dua cara ini boleh membaca paras oksigen secara berkala.

Peranti ini lebih murah, mudah dan praktikal berbanding penggunaan imej satelit.

Inovasi kami ialah mekanisme baharu untuk memastikan keseimbangan ekosistem dan memastikan kehidupan yang lebih sihat untuk manusia dan alam sekitar.

Penciptaan itu akan membantu usaha dalam mengawal aktiviti penebangan hutan. -Ahmad Nasharuddin

Mengalahkan 400 penyertaan dari negara Asia Pasifik

pelajar
Tiga Pelajar bersama guru (Foto: Sinar Plus)

Tiga pelajar ini mendapat bimbingan daripada guru-guru sepanjang proses mencipta inovasi tersebut dan dibimbing juga oleh mentor dari Kolej Universiti TATI iaitu Profesor Madya Dr. Ruzlaini Ghoni dan Khairudin Ali.

Kemenangan ini telah mengalahkan 400 penyertaan lain daripada negara-negara Asia Pasifik. Menurut Pengetua SMK Chukai,Tengku Shahrir Tengku Dahlan, ini merupakan kali pertama Malaysia menjadi juara dalam pertandingan yang melibatkan remaja berumur 15 hingga 18 tahun.

Syabas diucapkan buat tiga pelajar yang bijak ini. Semoga lebih ramai lagi pelajar-pelajar di Malaysia boleh meraih kejuaraan dalam pelbagai bidang dan sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Kredit: Sinar Plus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas