Connect with us

Oh! Media

250kg Sampah Dipungut Di Teluk Senangin

Teluk senangin

Trending

250kg Sampah Dipungut Di Teluk Senangin

Kejadian di pantai Teluk Senangin, Perak, sebanyak 250 kilogram (kg) sampah yang perlu dipungut, hasil daripada pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

ADVERTISEMENT

BACA: Patut Atau Tidak? Mulanya Hukuman Double Park Nampak Bagus Tapi Netizen Risau Sampah Bersepah Pula

Sejak kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri dijalankan, ramai rakyat memilih untuk bercuti di pusat peranginan seperti pantai dan sebagainya. Hal ini menjadikan jumlah sampah yang dipungut meningkat dua kali ganda, terutama pada hujung minggu dan cuti perayaan.

Sikap tidak bertanggungjawab membuatkan pantai kotor

Menerusi laporan Kosmo, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md. Salleh menganggarkan 250 kg sampah telah dikutip di pantai ini sepanjang cuti perayaan dan hujung minggu.

Keadaan ini berlaku kerana berlaku pertambahan pengunjung walaupun kita melakukan pembersihan di pantai itu setiap hari.

Gambar yang tular di media sosial melibatkan sampah sarap di pantai Teluk Senangin itu dikatakan diambil semasa cuti panjang, iaitu cuti Deepavali, Keputeraan Sultan Perak dan cuti hujung minggu, sebelum pihak tertentu menjalankan pembersihan di pantai tersebut.

Longgokan sampah yang banyak itu dipercayai kerana ada pengunjung yang bermalam dan mendirikan khemah di kawasan pantai. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab segelintir manusia yang buang sampah merata-rata, dan ada monyet yang menyelongkar timbunan sampah itu membuatkan kawasan itu kelihatan lebih teruk dan kotor.

Jumlah tong sampah yang disediakan mencukupi, malah ada tong sampah yang tidak penuh malangnya ada segelintir pengunjung tidak membuang sampah dengan betul sebaliknya hanya meninggalkannya di tepi tong itu.

Tindakan monyet menyelongkar sampah juga menyebabkan ia bertaburan dan haiwan itu hanya muncul sejak pantai itu kembali dikunjungi ramai selepas mendapati banyak sisa makanan ditinggalkan pengunjung.

Tindakan tegas akan diambil ke atas pengunjung yang membuang sampah merata-rata. Jadilah pengunjung yang bijak dan bertanggungjawab, dah datang ke kawasan orang, janganlah cemarkan ia dengan sampah sarap dan plastik makanan. Sayangilah pantai dan alam sekitar yang ada di negara ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas