Connect with us

Oh! Media

2 Pelajar SPM ‘Carut’ Cikgu Didakwa Di Mahkamah

Trending

2 Pelajar SPM ‘Carut’ Cikgu Didakwa Di Mahkamah

Setiap tahun, pasti akan ada pelajar Tingkatan 5 yang akan menconteng baju uniform sekolah mereka sebagai tanda bebas dari alam persekolahan. Bagaimanapun perbuatan dua pelajar menghina guru dengan menulis carutan di atas baju sudah melampau.

ADVERTISEMENT

BACA: Calon SPM Carut Cikgu Terima Lima Saman

Dua pelajar yang menunggang motosikal ini viral di media sosial dan membuatkan netizen berasa geram. Mereka yang telah ditahan pihak polis itu semalam telah didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menghina.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri dan kes mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Mahkamah kemudian memutuskan ikat jamin RM100 dan sebutan semula kes pada 22 Jun serta laporan akhlak.

Semoga apa yang berlaku dapat menginsafkan mereka dan jadi orang yang lebih berakhlak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas