Connect with us

Oh! Media

16 Jemaah Surau Langgar SOP Di Pengkalan Chepa Akan Disiasat

Trending

16 Jemaah Surau Langgar SOP Di Pengkalan Chepa Akan Disiasat

Di Pengkalan Chepa, Kelantan, polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan 16 orang jemaah lelaki termasuk beberapa orang kanak-kanak dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP). Mereka dikatakan menunaikan solat Isyak secara berjemaah di surau Batu 6 Tok Kaya, Jalan Sabak.

ADVERTISEMENT

BACA: Langgar SOP, 37 Jemaah Dikompaun Kerana Solat Berjemaah

Memetik laporan Kosmo!, selepas menerima maklumat mengenai jemaah yang menunaikan solat tanpa mengikut SOP, pihaknya segera ke surau itu lebih kurang jam 9 malam. Namun, sebaik tiba, kebanyakan jemaah sudah pulang ke rumah. Polis hanya sempat bertemu dengan beberapa orang ahli kariah yang ada di situ.

Siasatan awal mendapati, kesemua jemaah itu tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini kerana menunaikan solat secara berjemaah di surau berkenaan.

Katanya lagi, polis akan mengambil keterangan daripada 16 jemaah tersebut dalam masa terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

surau

Tambahnya, orang ramai atau penduduk setempat dimohon menyalurkan maklumat dengan segera untuk membantu siasatan.

Terdahulu, dilaporkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan hanya membenarkan empat orang jemaah terdiri daripada kakitangan masjid dan surau menunaikan solat fardu sepanjang tempoh PKP penuh bermula 1 Jun lalu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas