Connect with us

Oh! Media

15 Terlibat Memasak Di Stesen Minyak Ditahan Polis

stesen minyak

Oh! Tidak

15 Terlibat Memasak Di Stesen Minyak Ditahan Polis

Banyak betul video parodi yang kita dapat tengok dari kes masak mi segera dekat kawasan stesen minyak, Genting hari tu. Apapun, pihak polis sudahpun menahan 15 individu yang terlibat.

ADVERTISEMENT

BACA: Siap Bawa Dapur ‘Masak’ Di Stesen Minyak Genting Highland, Geng Kereta Ini Undang Kecaman Ramai!

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan perkara itu selepas menerima banyak laporan polis berkenaan video tersebut.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai rakam keterangan.

Empat daripada 15 individu didakwa…

Terkini, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan pertuduhan ke atas tertuduh iaitu empat daripada 15 individu akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang.

Mereka yang tertuduh adalah seorang lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 24 tahun.

Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain).

Selebihnya, 11 lagi individu dibebaskan dan dijadikan saksi dalam kes ini. Semua 15 yang ditahan bukan anak Timbalan Menteri atau VIP

Kita serahkan kes ini kepada pihak polis dan semoga apa yang dilakukan mereka menjadi pengajaran buat kita semua.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas