Connect with us

Oh! Media

13 Kedai Di Serdang Habis Musnah Dijilat Api

Trending

13 Kedai Di Serdang Habis Musnah Dijilat Api

Satu tragedi kebakaran telah berlaku pagi tadi dan sekurang-kurangnya 13 buah kedai termasuklah sebuah kedai menjual emas musnah dijilat api ketika kejadian.

ADVERTISEMENT

BACA: Mangsa Kebakaran Terkilan, Wang Simpanan RM40k Hangus Dijilat Api

Kejadian yang berlaku di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang itu turut melibatkan sebuah kedai serbakena dan juga sebuah bengkel.

Kredit: Bomba Selangor

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan bahawa kebakaran yang berlaku pada jam 4.15 pagi itu melibatkan kedai berstruktur kayu dan batu.

Norazam memaklumkan bahawa kebakaran di kedai emas sudah 70 peratus dan merebak ke kedai-kedai berhampiran ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian.

Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kebakaran di sebuah kedai emas yang merebak ke 12 premis lain di deretan rumah kedai berkenaan.

Bomba berjaya memadam kebakaran pada jam 5.30 pagi.

Tambah Norazam lagi, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Semoga mereka yang terlibat tabah dengan ujian dan dugaan ini.

Kredit: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas