Connect with us

Oh! Media

103 Juta Penduduk Dunia Guna ‘123456’ Sebagai ‘Password’

password

Trending

103 Juta Penduduk Dunia Guna ‘123456’ Sebagai ‘Password’

Password merupakan perkara yang dikira sebagai penting kerana kita memerlukan kata laluan setiap kali mahu mengakses sesuatu media sosial atau sebarang akaun.

ADVERTISEMENT

BACA: Tukar Segera 10 Kata Laluan Ini Jika Tidak Mahu Digodam Dengan Mudah

Menerusi laman Utusan, masih ramai penduduk di dunia menggunakan kata laluan yang mudah seperti ‘123456’, ‘qwerty’ dan ‘password’.

Risiko tinggi guna kata laluan yang lemah

password

Laporan Most Common Passwords mendapati masih ramai pengguna yang menggunakan nama sendiri, pasukan kegemaran, jenama kereta dan nama kumpulan sebagai kata laluan. Laporan ini telah disaring dan disusun dengan kerjasama penyelidik bebas, menurut Utusan.

Pakar Keselamatan Siber dari ESET, Jake Moore menyatakan orang ramai masih tidak mengetahui risiko yang bakal mereka dapat apabila menggunakan kata laluan yang lemah.

Dianggarkan sebanyak 103 juta penduduk di dunia ini telah menggunakan kata laluan 123456, manakala, 46 juta pengguna menggunakan kata laluan 123456789 dan 12345 diguna oleh 32 juta orang. 

Qwerty, password dan 111111 juga tersenarai dalam top ten kata laluan paling banyak digunakan oleh penduduk. Hal ini dapat memberi peluang kepada penggodam di luar sana untuk menggodam maklumat peribadi dengan menggunakan kata laluan yang mudah dikesan ini.

Menurut Utusan, penggodam hanya memerlukan lokasi dan jantina untuk membantu mereka mendapatkan kata laluan seseorang itu.

Jadi, pilihlah kata laluan yang sukar dikesan demi keselamatan akaun bank, media sosial dan semua platform yang menggunakan kata laluan. Jadilah pengguna yang bijak okay!

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas