Connect with us

Oh! Media

10,000 Anggota Polis Dikuarantin, Bantutkan Tugas PDRM

Oh! Tidak

10,000 Anggota Polis Dikuarantin, Bantutkan Tugas PDRM


Dengan penularan kes wabak yang semakin meningkat, frontliners kita masih lagi bekerja tanpa penat demi menjaga kesihatan dan keselamatan kita. Mereka adalah di antara orang-orang yang memainkan peranan penting dalam negara dan mereka jugalah di antara orang-orang yang mudah terkena jangkitan COVID-19.

Menurut sumber pada hari ini, terdapat lebih 10,000 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang sedang dikuarantinkan dan seramai 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif jangkitan Covid-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah jangkitan yang tinggi dalam kalangan anggota polis ini turut membantutkan keupayaan dan kekuatan mereka dalam menjalankan tugas. Dia juga mengakui bahawa sumber dan kekuatan polis telah digunakan pada tahap yang maksimum.

Penularan wabak Covid-19 hari ini, semakin membimbangkan dan ramai petugas barisan hadapan telah terdedah dengan risiko jangkitan wabak.

Walaupun memakai pelitup muka, mereka (polis) perlu untuk berkomunikasi secara dekat dengan rakyat. Penjarakan sosial tidak dapat diaplikasikan dengan sempurna dalam menentukan keselamatan dan keamanan negara. – Katanya.

Hamzah berkata, ada juga anggota yang ditugaskan membantu pihak imigresen untuk menghalang pencerobohan masuk pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menerusi Op Benteng antara 1 Mei hingga 18 Okt yang lalu, pasukan keselamatan telah berjaya menahan seramai 497 Pati dan 28 tekong yang cuba untuk masuk dan keluar negara melalui Sarawak.  

Rakyat Malaysia juga diseru untuk menghargai pengorbanan frontliners dan bersama-sama melawan wabak ini seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin

Ramai juga antara mereka (polis) yang masih belum pernah berehat atau meluangkan waktu bersama keluarga. Kita sedang ketandusan masa dan sekarang bukan waktu untuk berpolitik atau melobi sokongan terhadap individu tertentu menjadi Perdana Menteri. – Katanya

Kesian frontliners kita, kadang-kadang ada yang terpaksa abaikan keluarga sendiri untuk keselamatan kita. Jadi marilah kita sama-sama menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan bantu mereka untuk mencegah penularan COVID-19. Apa apa pun, terima kasih frontliners!

Kredit: Bernama

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top