Connect with us

Oh! Media

Kenakan RM180 Untuk Khidmat Seks Kepada Warga Asing, 10 Wanita Ditahan!

Trending

Kenakan RM180 Untuk Khidmat Seks Kepada Warga Asing, 10 Wanita Ditahan!

Aktiviti pelacuran masih lagi giat di Malaysia dan baru-baru ini, polis berjaya menahan 10 orang wanita yang dipercayai menawarkan khidmat seks, tapi khas untuk pelanggan warga asing saja. 

ADVERTISEMENT

Aktiviti haram ini tumpas selepas pihak polis membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan PJU 8/9 Bandar Damansara Perdana. Semasa serbuan, terdapat 18 kondom di dalam rumah itu yang disyaki digunakan untuk melakukan kegiatan pelacuran. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata bahawa kesemua wanita warga asing yang ditangkap itu masing-masing dalam lingkungan usia 25 hingga 47 tahun. Bukan tu jer, mereka juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah selain dokumen yang telah tamat tempoh. 

Aktiviti pelacuran yang dilakukan kesepuluh wanita warga asing ini menawarkan khidmat urut pada harga RM80 dan RM180 bagi khidmat seks kepada golongan warga asing. Kesemua suspek direman selama 14 hari dan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Semoga pihak berkuasa akan membanteras perkhidmatan haram sebegini yang masih ada di Malaysia.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca wanita tawar khidmat seks kepada warga asing di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas