Connect with us

Oh! Geekz

(REVIEW): “Hampir Sempurna…”- Samsung Galaxy Z Flip6 Kini Dengan Teknologi AI

Samsung Unpacked telah berlangsung dengan gemilang apabila Samsung membawakan upgrade terkini untuk Siri Galaxy Z yang dinanti-nantikan. Nampaknya bagi siri Galaxy Z ni, Flip6 menerima peningkatan ketara berbanding model sebelumnya dari segi pemprosesan, RAM dan kamera.

Paling menarik, Samsung menjanjikan sokongan perisian sehingga tujuh tahun membuktikan peranti yang ditawarkan berdaya maju untuk kegunaan jangka panjang.

IKLAN

Z Flip5 VS Z Flip6

Reka Bentuk: Tak Banyak Berubah Tapi….

Menggunakan Z Flip5 beberapa ketika tahun lalu, kami boleh katakan terdapat peningkatan ketara dari segi ketahanan dan ia adalah lebih ringan berbanding siri sebelumnya. Mungkin sebab guna bahan yang ringan. 

Bagi Z Flip6, sekali pandang ia kelihatan hampir serupa dengan Z Flip5 dengan berat dan saiz pun sama. Tapi untuk Flex Hinge ia mendapat lipatan yang hampir sempurna dengan gap hanya 0.2mm (0.008 inci). Malah kesan lipatan pada bahagian tengah pun tidak kelihatan jelas, ketika telefon dalam keadaan menyala atau gelap.

Kami perasan yang Z Flip6 ni juga tak begitu mudah untuk dibuka dengan sekali tolak (guna sebelah tangan) kerana engselnya mempunyai rintangan yang cukup sehingga ia tidak akan terbuka secara tidak sengaja.

Dari segi visual, Z Flip6 mendapat ‘upgrade’ pada bahagian kamera. Cincin berwarna pada sekeliling kamera utama ‘matching’ dengan warna panel belakang telefon. Malah untuk siri kali ini, ia menggunakan kemasan matte pada bahagian belakang, jadi genggaman jadi lebih selesa.

Manakala bingkai dengan bezel skrin menggunakan kemasan jenis berkilat.

Seperti Z Flip5, Samsung menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2 di bahagian belakang dan hadapan. Bahan ini membantu untuk elakkan calar dan retak kalau terjatuh (bukan dari tempat yang terlampau tinggi).

Bingkai pula menggunakan Aluminium Armor yang dipertingkatkan, Samsung kata bahan ni 10% lebih kuat daripada versi sebelumnya. Selain tu, Z Flip6 mendapat penarafan IP48, yang bermaksud ia boleh menahan kemasukan bahan bersaiz lebih besar daripada 1mm dan tahan terendam dalam air tawar. Ini adalah kelebihan berbanding Z Flip 5 dengan penarafan IPX8.

Skrin Z Flip 6 Lebih Cerah & Bateri Tahan Lebih Lama

Skrin depan Galaxy Z Flip6 adalah sama seperti siri terdahulu dengan resolusi 720 x 748 piksel, kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 1,600 nits. Panel dalaman 6.7-inci Z Flip 6 mempunyai resolusi 2,640 x 1,080 piksel (FHD+Dynamic AMOLED 2X) dan kadar penyegaran adaptif 1Hz hingga 120Hz dengan kecerahan 2,600 nits berbanding 1,750 nits. Ia memudahkan untuk melihat skrin ketika berada di bawah terik matahari atau di luar rumah.

Galaxy Z Flip 6 menggunakan sistem Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 untuk Galaxy pada cip (SoC), bersama-sama dengan 12GB RAM.

Bateri Z Flip 6 turut dipertingkat kepada 4000mAH, memberikan pengguna pengalaman menggunakan telefon lebih lama.

Galaxy Z Flip6 Kini Dengan Teknologi AI & Upgrade Kamera


Samsung telah memperkenalkan AI terbina semasa pelancaran siri S24, nampaknya siri Galaxy Z Flip 6 turut mendapat teknologi yang sama dengan binaan Interpreter, Live Translate, Chat Assist, Circle to Search, Note Assist, Transcript Assist, Photo Assist dan terbaru Drawing Assist.

Kamera hadapan Z Flip6 mengekalkan 10.0MP dan Ultra Wide-angle 12.0M0. Peningkatan diberikan kepada kamera Wide-angle menjadi 50.0MP (berbanding 12.0MP).

Optical kualiti pula boleh sehingga 2x Zoom dan Digital Zoom sehingga 10x. Kamera utama pula kini mempunyai auto zoom (kami akan kongsi pada artikel akan datang) yang hadir dengan Dual Preview, FlexMode dan FlexCam Selfie.

Pra-Tempah & Nikmati Tawaran Eksklusif Sehingga RM2,329!

Pada yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy Z Flip6 ia ditawarkan pada harga bermula RM4,999 dengan 2 pilihan storage 256GB dan 516GB.

Terdapat 4 warna utama yang ditawarkan iaitu biru, silver shadow, kuning, mint dan 3 warna eksklusif online ialah crafted black, putih dan peach.

Maklumat lanjut dan tempahan layari:  https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip6/. Pra tempah berakhir pada 30 Julai 2024.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas