Connect with us
Paynet

Oh! Geekz

PayNet Laporkan Caj Transaksi DuitNow QR Bakal Dikenakan Pada Peruncit Bermula 1 November 2023

Baru-baru ini, PayNet telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan caj transaksi DuitNow QR yang bakal berkuat-kuasa 1 November 2023.

Menurut PayNet, caj transaksi ini adalah terhadap penjual atau peruncit, dan bukannya terhadap pengguna awam.

IKLAN

Malah, caj ini adalah dalam usaha membolehkan rangkaian pembayaran tersebut dapat diselenggara dan diuruskan dengan baik, selain mengurangkan kos yang ditanggung bank dan penyedia perkhidmatan dalam pengurusannya.

Dalam pada itu, PayNet menyatakan pengenalan caj ini tidak akan membawa kepada peningkatan harga barangan.

PayNet

Hal ini kerana medium pembayaran seperti kad kredit dan kad debit oleh penjual sedia membayar caj transaksi kepada penyedia perkhidmatan.

Tambahan, caj transaksi ini akan ditanggung oleh peniaga atau peruncit dan bukannya oleh pengguna awam.

Bukan itu sahaja, PayNet menjelaskan yang mana caj transaksi 50 sen untuk pemindahan lebih RM5,000 adalah caj transaksi untuk pemindahan antara pengguna (P2P) dan bukannya untuk peruncit.

PayNet juga berkata terdapat beberapa bank yang akan meneruskan penawaran perkhidmatan secara percuma terutamanya melibatkan peruncit dan penjual kecil. Namun, perkara ini adalah bergantung kepada bank atau penyedia perkhidmatan tersebut.

BACA: E-Belia Rahmah Sebanyak RM200 Akan Dikreditkan Bermula 26 Jun Ini

Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai kerajaan telah mula mengumumkan bermula 26 Jun 2023 sudah boleh menebus kredit RM200 dibawah inisiatif E-Belia Tunai Rahmah.

Kredit: amanz

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • Paynet
  • Paynet

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas