Connect with us

Oh! Media

Nampak ‘Outstanding’ Dalam Pasaran, vivo Y100 Tampil Dengan Kemasan Kulit Berwarna Jingga, Gen Z Pasti Suka!

vivo Y100 Orange Leather

Branded

Nampak ‘Outstanding’ Dalam Pasaran, vivo Y100 Tampil Dengan Kemasan Kulit Berwarna Jingga, Gen Z Pasti Suka!

Bila sebut tentang rekaan peranti pada masa kini, benda pertama yang akan terlintas dalam fikiran korang mesti mempunyai kemasan kaca atau matelik betul tak? 

Korang pernah nampak tak peranti yang mempunyai kemasan kulit? Haa, ada ke? 

Siapa sangka, terdapat sebuah jenama terkemuka yang hadir dengan rekaan kulit untuk keluaran siri terbaru mereka. Wow, seriuslah?

Haa, jenama yang kami maksudkan ini adalah vivo dan mereka hadir dengan siri Y100 yang mana rekaan peranti ini hadir dengan kemasan kulit. Tapi, untuk hari ini, kami nak fokus kepada vivo Y100 Leather Orange.

Lebih Elegan, vivo Tampil Dengan Rekaan Kulit Warna Jingga Menawan Untuk Siri Y100

Selalu kalau kita tengok rekaan peranti, kebanyakannya direka dengan kemasan metalik betul tak? Tapi, korang pernah dengar tak peranti yang mempunyai kemasan kulit?

Haa, hanya vivo saja yang berani buat rekaan macam ni tau! Untuk pengetahuan, vivo hadir dengan siri Y100 dan salah satu daripada rekaan dalam siri ini mempunyai kemasan Leather Orange. Wow, tengok pun dah nampak elegan!

Apa yang membuatkan vivo Y100 Orange Leather ni lain daripada yang lain dalam pasaran adalah ia direka dengan gabungan rasa kulit dan sentuhan anggun yang unik, menjadikan peranti ini kelihatan sangat menawan. 

Paling best, ia bukan kulit semata tau, ia mempunyai Tekstur Garis Timbul 3D yang menyerlahkan lagi vibe elegan, hasil daripada ketukangan haute couture yang terperinci. Jadi, memang dapat rasa tekstur kulit yang selesa untuk dipegang!

Dah lah warna jingga tu memang semula jadi lawa, ditambah pula dengan tekstur 3D, memang tak dinafikan vivo Y100 Leather Orange adalah peranti paling lawa untuk tahun 2024!

Bukan itu saja, peranti ini juga mempunyai kemasan metalik pada bahagian bingkai yang menyerlahkan lagi kelangsingan dan rasa dinamik serta mewah pada vivo Y100 Leather Orange.

Mesti korang terfikir, kalau fabrik kulit, lama-lama mesti akan rosak betul tak? Haa, jangan risau sebab vivo Y100 Leather Orange ini direka dengan kulit jenis EcoFiber dengan kualiti EU yang boleh dipercayai. 

Menariknya, kulit jenis EcoFiber dengan kualiti EU ini mesra alam dan proses pembuatan pun adalah lebih selamat dan kurang berbahaya kepada alam sekitar berbanding dengan penghasilan pengeluaran kulit tradisional. Jadi, boleh dikatakan ia eco friendly juga lah!

Paling penting, rekaan vivo Y100 Leather Orange yang menggunakan kulit jenis EcoFiber ini sepenuhnya mematuhi arahan RoHS peraturan EU, REACH & POPs dan bebas halogen keperluan, melepasi piawaian industri. Bagusnya!

Bukan Rekaan Semata, vivo Y100 Juga Tampil Dengan Specs Yang Padu!

Selain mempunyai rekaan yang elegan, vivo Y100 ini juga mempunyai pelbagai spesifikasi terbaik dalam pasaran tau!

Kalau korang nak tahu, vivo Y100 Leather Orange ini hadir dengan paparan Dotch AMOLED Ultra Vision 6.67 inci, 120Hz yang mana ia memaparkan visual yang terbaik melalui ciri paparannya yang mengagumkan. Seriuslah?!

Paparan Dotch AMOLED Ultra Vision 120Hz ini disertakan dengan ciri pengimbasan cap jari dalam paparan bagi membantu menyediakan akses lancar kepada pengalaman sinematik yang mengasyikkan. 

Selain itu, ia turut menampilkan paparan FHD+ AMOLED 6.67 inci, nisbah skrin-ke-badan yang tinggi dan reka bentuk ultra-slim yang mampu menyampaikan visual yang menarik di tapak tangan korang. 

Jadi, dengan ciri ini, ia dapat memaparkan visual lancar, bidang pandangan luas, dan warna yang kaya dan terang, kontras tinggi, serta dengan butiran terang dan gelap yang jelas. Jadi, memang best lah kalau dapat binge watch dengan vivo Y100 ni!

Paling penting, ia memegang Pensijilan Paparan Penjagaan Mata SGS bagi memastikan perlindungan mata anda. Baguskan?

Bukan itu saja, apa yang membuatkan peranti ini lebih stand out dalam pasaran adalah ia mempunyai ciri 3D dual-speaker audio yang mampu memberikan volume sehingga 300% tau. Biar betul?

Ciri 3D dual-speaker audio bukan saja menyediakan kualiti bunyi yang halus dan jelas, malah mewujudkan kesan yang lebih berdimensi dan mantap. Jadi, kalau korang main video game atau tonton drama dan movie, memang terasa sangat real!

Dah kalau audio dan paparan skrin pun dah ngam, confirm lah korang akan habiskan masa dengan menonton filem atau bermain video game betul tak? Lepas tu, bateri telefon habis, dah kena cas pula…

Tapi dengan vivo Y100 ni, korang tak perlu risau pun sebab ia hadir dengan 80W pengecasan pantas dengan bateri berkapasiti 5,000mAh tau. Macam ni barulah seronok!

Dengan adanya bateri sebesar 5000mAh, ia dapat menjamin empat tahun penggunaan serta memastikan pengalaman penjimatan kuasa. 

Psst, vivo Y100 ini turut hadir dengan Mod Penjimat Bateri Super yang mana korang boleh jimat bateri telefon dan masih lagi boleh menggunakan fungsi asas seperti membuat panggilan, mesej dan menggunakan aplikasi tanpa mengambil kira kehabisan bateri. 

Paling mantap, vivo Y100 5G mengutamakan kelajuan dan keselamatan melalui keupayaan pengecasan pantasnya dengan teknologi FlashCharge 80W yang mana korangpengguna boleh mengecas dengan pantas kepada 80% dalam kira-kira setengah jam saja. Wow!

Peranti ini menggabungkan Pam Caj Super yang menyumbang kepada kecekapan penukaran kuasa yang luar biasa sehingga 97.5%, memastikan proses pengecasan pantas dengan penjanaan haba yang minimum.

Haa, bila nak beli peranti ni, kebanyakan orang akan tengok dulu RAM dan storan peranti betul tak? Dengan vivo Y100 Leather Orange, ia adalah pilihan terbaik untuk korang yang cari peranti RAM dan berstoran besar tau. 

Dengan adanya RAM Lanjutan, vivo Y100 5G dapat meningkatkan kapasiti ruang yang lancar ketika bertukar antara aplikasi dan ia juga menyokong pengembangan RAM sehingga 8 GB, membolehkan operasi serentak lebih 25 aplikasi di latar belakang. Terbaiklah!

Ciri ini bukan saja memastikan penukaran berbilang aplikasi yang lebih lancar, malah ia juga membolehkan untuk seketika pemulihan aplikasi latar belakang dengan ketik mudah dan cekap, memberikan pengalaman yang responsif kepada pengguna.

Untuk korang yang selalu simpan macam-macam jenis file dan gambar, vivo Y100 adalah pilihan yang tepat sebab ia mempunyai storan besar iaitu sebanyak 256GB. 

Storan sebesar ini membolehkan korang untuk simpan lebih banyak gambar serta file yang penting dalam peranti, jadi secara tak langsung memudahkan segala urusan korang tak kira bekerja atau mencipta kenangan bersama tersayang. Tapi, 250GB tak cukuplah…

Haa, jangan risau sebab vivo Y100 ini turut menyokong sehingga storang sehingga 1TB tau. Jadi, korang tak perlu menggantikan peranti kepada yang lebih berkualiti, semata-mata storan tak mencukupi. 

Serlahkan Gaya Elegan Dengan vivo Y100 Leather Orange

Fuhh, dengan rekaan yang elegan serta ciri-ciri yang menakjubkan, tak dinafikan vivo Y100 adalah peranti yang perlu dimiliki pada tahun 2024!

Jadi, korang tunggu apa lagi, jom dapatkan vivo Y100 Leather Orange sekarang di Shopee, Lazada, TikTok Shop atau kedai rasmi vivo dalam talian sekarang pada harga RM1,199 saja.

Psst, korang siap boleh dapat percuma gift box yang premium bernilai RM99 tau! Tempoh promosi sehingga 23 Jun 2024, jadi rebut peluang keemasan ini sekarang.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas