Connect with us

Oh! Media

Grab Berkemungkinan Mengambil-Alih Operasi FoodPanda Di Malaysia

Oh! Tech

Grab Berkemungkinan Mengambil-Alih Operasi FoodPanda Di Malaysia

Baru-baru ini, grab telah melaporkan sebagai antara syarikat yang mungkin mengambil-alih operasi foodpanda di Malaysia, dan beberapa negara berhampiran lain iaitu Singapura, Thailand, Filipina dan beberapa negara lain.

ADVERTISEMENT

Malah, syarikat disebalik jenama foodpanda, mereka sedang dalam perbincangan untuk menjual sebahagian perniagaan Asia mereka.

Walau bagaimanpun, ia tidak dinyatakan siapakah pihak yang terlibat.

grab

Mengikut laporan awal, harga jualan operasi foodpanda dijangka mungkin bernilai lebih RM4.99 bilion (โ‚ฌ1 bilion).

Malah, buat masa kini pihak grab tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan spekulasi dan laporan terbaru ini.

Namun sekiranya laporan terbaru ini tepat, grab berkemungkinan mengambil-alih pesaing terdekat mereka dalam arena penghantaran makanan, sekaligus terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena tersebut.

BACA: Rider GrabFood Campak, Tendang Makanan Pelanggan Atas Lantai, โ€œMacam Takde Otak!โ€

Terdahulu, tindakan seorang penghantar makanan mencampak dan menendang makanan pelanggan di lantai telah mengundang rasa marah orang ramai.

Kredit: CNA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas