Connect with us

Oh! Media

Dah Banyak Jam Pintar Dalam Pasaran, Tapi Mana Yang Bagus? Jom Explore HUAWEI WATCH FIT 3!

HUAWEI WATCH FIT 3

Branded

Dah Banyak Jam Pintar Dalam Pasaran, Tapi Mana Yang Bagus? Jom Explore HUAWEI WATCH FIT 3!

Kebanyakan orang sekarang lagi gemar untuk menggunakan jam pintar berbanding jam tangan biasa betul tak? Siapa dekat sini pengguna jam pintar, kita geng! 

Mana taknya, jam pintar bukan sekadar jam untuk tengok tarikh dan masa saja tau. Ia juga mempunyai pelbagai fungsi menarik. 

Disebabkan teknologi yang kian maju, confirm banyak jam pintar yang terjual di pasaran sekarang dan mesti korang pun rambang mata nak pilih. 

Tapi, kalau tanya kami, semestinya kami lebih gemar dengan HUAWEI WATCH FIT 3 sebab ciri-ciri yang ditawarkan ni pun semua function sangat tau! Kalau nak tahu, jom kami kongsi.

Lebih Sleek & Elegan, Rekaan HUAWEI WATCH FIT 3 Tampil Dengan Aura Berbeza

Kenapa kami kata jam pintar HUAWEI WATCH FIT 3 ini adalah salah satu jam pintar terbaik dalam pasaran adalah kerana ia mempunyai rekaan petak serta ultra nipis yang menampilkan aura berbeza buat pengguna. 

Menariknya, walaupun jam pintar ini ringan yang mana badan berukuran 9.9mm dengan berat 26g tanpa tali, ia mampu untuk tahan lama tau. Erti kata lain, timeless. Bestkan?!

Nak tahu apa yang lagi best? Selain ringan, ia juga mempunyai rekaan yang elegan dan sleek, jadi memang terletak sangat kalau korang pakai!

HUAWEI WATCH FIT 3 ini juga mempunyai rekaan ergonomik seimbang serta didatangkan dengan mahkota merah ikonik yang boleh diputarkan dan menjadi sistem navigasi ringkas buat pengguna.  

Bukan itu saja, dengan butang ikonik ini juga mampu untuk memilih layout latar belakang serta boleh custom Gallery dan Style watch faces.

Trek Kalori & Bersenam Bersama HUAWEI WATCH FIT 3

Biasalah, tujuan utama kenapa orang nak beli jam pintar adalah untuk track kesihatan lagi-lagi mereka yang suka bersenam betul tak? Dari situ lagi senanglah nak track pengambilan kalori serta berapa banyak tenaga digunakan dalam sehari. 

Jadi, memang sesuai sangat kalau korang dapatkan HUAWEI WATCH FIT 3 ni sebab kesemua ciri yang korang nak ada pada jam pintar ini!

Antara ciri lain yang ada pada jam pintar ini adalah ia ada lebih daripada 100 mod senaman yang korang boleh pilih untuk bantu capai sasaran kalori aktiviti korang serta ciri pengurusan kalori yang mana ia dapat membantu mengira jumlah defisit kalori korang. 

Psst, dalam ciri ni ada senarai makanan-makanan Malaysia tau. Haa, lepas ni dah tak perlu risau nak cari berapa banyak kalori untuk nasi lemak, kuey teow, naan tandoori. Semua dah sedia ada.

Ia juga ada ciri HUAWEI TruSport™ yang mana ia memperkenalkan 5 mod baharu seperti bola sepak, bola keranjang, dayung, e-sukan dan larian trek. Bestnya!

Selain itu, ia juga mempunyai ciri Activity Rings 2.0, membantu untuk bangunkan tabiat bersenam dan akan menggalakkan gaya hidup sihat, hasil daripada algoritma pengiraan mengira data aktiviti berdasarkan kiraan langkah, tempoh berdiri serta penggunaan kalori daripada senaman berdasarkan kadar denyutan jantung. 

Urus & Jejak Kesihatan Kini Lebih Mudah

Dah alang-alang boleh trek tentang bersenam, lagi bagus kalau boleh urus dan trek kesihatan sekali betul tak? 

Haa, dengan HUAWEI WATCH FIT 3 ni, korang boleh menjejaki dalam masa sama boleh urus tentang keadaan kesihatan korang. 

Antaranya seperti kesedaran pernafasan tidur yang mana jam pintar ini boleh menjejaki corak tidur, kualiti tidur dan skor tidur korang dengan pemantauan tidur yang dipertingkatkan dan disertakan dengan pengesyoran pada Huawei Health semasa analisis tidur.

Selain itu, jam pintar ini juga dapat menjejaki kadar denyutan jantung, oksigen darah, tekanan dan juga kitaran haid terkawal, serta ia mempunyai penderia pemantauan jantung, HUAWEI TruSeen™ 5.5 baru, yang membawa bacaan kardiovaskular lebih tepat untuk menganalisis prestasi senaman. Ini yang kita mahu!

Bukan Setakat Android, HUAWEI Watch Fit 3 Ini Juga Boleh Hubung Dengan iOS

Kalau korang pengguna peranti iOS tapi teringin nak ada jam pintar, jangan risau sebab HUAWEI WATCH FIT 3 kini boleh dihubungkan dengan iOS tau. Seriuslah?!

Menariknya, kalau korang hubungkan dengan iPhone, korang boleh jejak kesihatan dan senaman korang menerusi aplikasi HUAWEI Health yang perlu dimuat turun di Apple Store. 

Manakala, kalau korang memang pengguna Android, korang boleh imbas kod QR pada kotak WATCH FIT 3 dan muat turun aplikasi HUAWEI Health. 

Baguskan jam pintar HUAWEI WATCH FIT ni? Bukan setakat boleh hubung dengan Android saja, malah dengan pengguna iOS. Jadi, siapa pengguna iOS, korang kena buat pilihan bijak okay?

Jangka Hayat Bateri Bertahan Lebih Lama

Biasa kalau dengar masalah jam pintar, salah satu masalah mesti tentang jangka hayat bateri betul tak? 

Dengan HUAWEI WATCH FIT 3 ni, korang tak perlu risau pun tentang masalah ini sebab ia mampu bertahan sehingga 10 hari hanya dengan sekali cas dan kalau korang cas hanya dalam masa 10 minit saja pun dah boleh bertahan selama satu hari. Bagusnya! 

Tapi, kalau korang mengguna jam pintar ini dengan kerap, kapisiti penggunaan bateri biasanya bertahan sehingga 7 hari. Okay la tu, paling-paling pun kalau tak sempat cas penuh, korang cas 10 minit pun dah okay untuk pakai sehari. 

Rutin Harian Kini Dipermudah Dengan Ciri Yang Pelbagai

Apa yang membuatkan kami tertarik dengan jam pintar HUAWEI WATCH FIT 3 ini adalah ia mempunyai pelbagai ciri tambahan lain yang dapat memudahkan lagi rutin harian kita tau. 

Contohnya, jam pintar ini mempunyai ciri untuk kad akses yang menampilkan modul NFC pelbagai fungsi dan bertukar menjadi kad akses korang. Hanya dengan menggunakan pergelangan tangan saja pun dah boleh memudahkan urusan akses. Ciri ini boleh didapati pada edisi tali nylon warna kelabu dan tali kulit warna putih sahaja. 

Jadi, kalau korang selalu menggunakan NFC, lebih baik korang dapatkan salah satu daripada edisi ini. 

Selain itu, kalau ada orang telefon korang, korang tak perlu pun buka telefon bimbit, korang boleh angkat terus daripada jam pintar sebab HUAWEI WATCH FIT 3 ini menyokong telefon Bluetooth tau. Terbaiklah!

Sama seperti jam pintar yang lain, HUAWEI WATCH FIT 3 ini juga didatangkan khas dengan ciri kalendar pada jam pintar serta mempunyai ciri penggera yang berfungsi menerusi getaran lembut pada pergelangan tangan untuk menyedarkan korang. 

Harga Serendah RM599, Siap Dapat Hadiah Bernilai RM89, Jom Dapatkan HUAWEI WATCH FIT 3

Memang tak dinafikan, dengan semua ciri pada HUAWEI WATCH FIT 3 ni, ia menjadi salah satu jam pintar terbaik dalam pasaran yang harus dimiliki lagi-lagi untuk korang yang aktif bersukan. 

Untuk pengetahuan, HUAWEI WATCH FIT 3 ni hadir dengan 6 varian warna menawan yang akan menaikkan lagi seri outfit korang seperti Green, Black, Moon White dan Pink untuk tali fluoroelastomer, manakala Grey Nylon dan White untuk tali kulit. 

Fuhh, tengok pun dah tahu rekaan HUAWEI WATCH FIT 3 ni memang nampak timeless

Kalau korang berminat untuk dapatkan jam pintar HUAWEI WATCH FIT 3, korang boleh dapatkan di HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada pada harga RM599!

Psst, kalau korang beli jam pintar ni, korang berpeluang untuk menerima hadiah percuma bernilai RM89 tau! Jadi, tunggu apa lagi, jom dapatkan HUAWEI WATCH FIT 3 ni sekarang!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas