Connect with us

Oh! Media

Berpinar Hadap Microsoft Excel? Ini 15 Hack Permudah Kerja Semua Kena Tahu

Branded

Berpinar Hadap Microsoft Excel? Ini 15 Hack Permudah Kerja Semua Kena Tahu

Dalam bekerja, penggunaan Microsoft Excel menjadi sebahagian dari kehidupan harian kita. Tapi tahukah korang ada trick atau hack ketika menggunakan Excel untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja? Jom kami share 15 hack menarik kena cuba di Excel:

HackFungsi
Ctrl + 1 Untuk format sebarang cell atau objek
F4Tekan F4 jika banyak membuat aktiviti pengulangan. Butang F4 ini akan mengulang perbuatan terakhir dan tidak perlu mengklik berulang kali.
Ctrl + ;Shortcut ini akan memasukkan tarikh terkini pada cell terpilih
Ctrl + Shift + ;Shortcut ini pula untuk memasukkan masa terkini
Shift + F11 Untuk membuka worksheet baru pada dokumen Excel
Ctrl + 9Bagi menyembunyikan row terkini yang sedang disunting
Ctrl + 0Ini pula untuk menyembunyikan column yang sedang disunting
Ctrl + Shift + 9Bagi mengembalikan semula row disembunyikan seperti di atas.
Ctrl + Shift + 0Ini pula cara untuk mengembalikan column yang disembunyikan 
Ctrl + Shift + 4 Bagi memformat semula cell bernombor kepada mata wang
Ctrl + Shift + 7Gunakan ini untuk membuat sempadan pada outline atau cell terpilih 
F9Bagi mengira semula formula lebih mudah
Ctrl + Z Paling asas untuk undo kesilapan
Alt + F8Cara tercepat untuk membuka macros kotak dialog
Ctrl + ‘ Bagi menyalin nilai cell di atasnya

Bercakap tentang Microsoft Excel, tidak sah kalau tak sentuh berkenaan Microsoft Office Home & Business 2021. Apa yang ada pada perisian ini?

Semestinya dengan pembelian sekali sahaja untuk 1 PC atau Mac, pengguna dapat akses kepada versi 2021 klasik seperti Word, Excel, PowerPoint dan Outlook. Ia juga dilengkapi dengan Microsoft support untuk 60 hari tanpa sebarang kos tambahan.

Perisian ini boleh digunakan untuk Windows 11, Windows 10 atau pun macOS. Dengan perisian ini, pengguna juga boleh menggunakan Microsoft Teams.

Antara kelebihan Microsoft Office 2021 adalah ciri co-author, inking tools, data types, fungsi, terjemahan, editing tools, motion graphics, ease-of-use dan bermacam lagi ciri yang ditawarkan.

Potongan harga RM500!

Untuk waktu terhad, Microsoft Office Home & Business 2021 ini boleh didapati pada harga hanya RM899 dari harga asalnya RM1,399! Penjimatan sehingga RM500, inilah masa yang paling tepat untuk mendapatkannya.

Boleh buat pembelian menerusi Thunder Match berhampiran korang dan nikmati harga promosi perisian ini dengan setiap pembelian peranti. Atau boleh juga beli secara online di link ini https://bit.ly/TMT-MSFTHB-2021-O. Cepat dapatkan sekarang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas