Connect with us
apple

Oh! Geekz

Apple Ingin Lakukan Perubahan Besar Pada iPad Pro Menjelang Tahun 2024

Baru-baru ini, Apple melaporkan ingin melakukan perubahan pada peranti iPad Pro seawal tahun 2024 kelak.

Meskipun, berjaya menerajui arena tablet tetapi angka jualan iPad semakin mendatar sejak beberapa tahun ini dan membuatkan Apple untuk hadir dengan perubahan besar pada iPad Pro kelak.

IKLAN

Menurut laporan Bloomberg, iPad Pro baharu akan hadir dengan rekaan yang dikemaskini menyertakan skrin OLED yang sedikit besar, selain kemaskini pada aksesori seperti Magic Keyboard.

Malah, perubahan ini dijangka hadir dengan pilihan skrin 11-inci dan 13-inci. Ia juga dijangka akan dijana dengan cip Apple M3 yang baharu selari dengan apa yang digunakan pada MacBook.

Apple

Dalam pada itu, langkah ini dapat menawarkan pengguna pelbagai perisian penyuntingan berkuasa tinggi tanpa masalah terus pada iPad.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi tarikh pelancaran iPad Pro baharu ini.

Tetapi, dengan perkongsian terbaru ini, ia semestinya membuatkan pesaing Apple yang lain dalam arena tablet untuk turut memikirkan sesuatu yang baharu pada 2024 kelak.

BACA: Apple Umum Amaran Baru Kepada Pengguna, Demi Menjaga Keselamatan

Terdahulu, pihak Apple telah mengumumkan amaran baharu berkenaan keselamatan yang telah melarang pengguna untuk tidur berdekatan dengan iPhone yang sedang dicas.

Kredit: Bloomberg

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Orang tu tak kacau awak pun bang haih, takpe la kita tunggu tengok apa nak jadi lepas ni 🤔 #caprice #istericaprice #aurat #mulutcelupar #ohtrending #ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • apple
  • apple

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas