Connect with us

Oh! Media

Sony Malaysia Umum Harga Rasmi PlayStation 5 Paling Tak Masuk Akal

Oh! Tech

Sony Malaysia Umum Harga Rasmi PlayStation 5 Paling Tak Masuk Akal

Akhirnya! Selepas beberapa bulan kita semua menanti, PlayStation Asia hari ini telah menaikkan satu post di Facebook rasmi mereka tentang harga rasmi bagi penjualan PlayStation 5 di Malaysia. 

ADVERTISEMENT

Harga rasmi yang diumumkan untuk versi PlatStation 5 Digital Edition adalah RM1,869 dan PlayStation 5 Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2,299.

Harga yang diumumkan ini bagi kami sangat berpatutan dan tak lari jauh dari harga rasmi yang diumumkan oleh Sony sebelum ini.

Bukan itu sahaja, PlayStation Asia turut mengumumkan tarikh 12 November 2020 (Khamis) sebagai tarikh pre-order bagi Malaysia dan ia boleh dilakukan terus di sini.

Sony Malaysia turut telah mengumumkan harga bagi aksesori lain dan harga DualSense Wireless Controller macam agak mahal.

Hasil pemerhatian Ohmedia di komen PlayStation Asia juga, rata-rata berpuas hati dengan harga yang diumumkan dan merasakan ia sesuai dengan bajet. Jadi macam mana gais? Kasi jadi!

Kredit: Facebook PlayStation Asia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas