Connect with us

Oh! Media

Zuraida Nafi Dakwaan MP Runding Harga Minyak Sawit Di Iran

minyak sawit

Oh! Negara

Zuraida Nafi Dakwaan MP Runding Harga Minyak Sawit Di Iran

Apa sudah jadi dan mana satu yang betul ni? Baru-baru ini tersebar gambar menunjukkan seorang ahli Parlimen sedang berada di tempat bersalji. Bagaimanapun, MP berkenaan mendakwa dia ke Iran adalah demi urusan penting negara bagi memastikan lebih banyak minyak sawit dapat dijual kepada Iran.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan tiada sebarang arahan kepada mana-mana MP untuk berunding mengenai pembelian minyak sawit Malaysia di Iran. Aha, kantoi sudah!

Saya mendapat pengesahan dari Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (PSA) bahawa tiada sebarang maklumat diberikan atau permintaan kepada YB Hulu Langat berkaitan perkara yang dibangkitkan di dalam artikel berkenaan. – Kata Zuraida.

Ini sekaligus menafikan dakwaan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang kini sudahpun pulang ke Malaysia dan membantu mangsa banjir.

Ini selaras dengan fungsi dan peranan kementerian bagi meningkatkan perdagangan sawit Malaysia di peringkat global. Kementerian Perusahaan Perdagangan dan Komoditi (KPKK) menyedar akan potensi pasaran minyak sawit di iran dan telah adakan pertemuan bersama duta Republik Islam Iran ke Malaysia, Ali Asghar Mohammadi pada 12 Oktober lalu

Kenapa perkara seperti ini berlaku? Diharapkan mana-mana MP tidak memberikan apa-apa alasan yang tidak masuk akal dan mengelirukan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas