Connect with us

Oh! Media

Ustaz Kazim Akhirnya Dedahkan Sebab Sebenar Tarik Diri Tanding PRU15 Di Parlimen Larut

ustaz kazim

Oh! Negara

Ustaz Kazim Akhirnya Dedahkan Sebab Sebenar Tarik Diri Tanding PRU15 Di Parlimen Larut

Selepas umumkan untuk tarik diri dari bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai calon Barisan Nasional, pendakwah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias akhirnya dedahkan punca sebenar beliau menarik diri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Boleh Undang Kami Untuk Konsert, Konsert Tak Perlu Buat Tauliah” – Ustaz Kazim Elias

Keputusan itu dibuat sebaik sahaja Ustaz Kazim mendapati abang kandungnya, Kapt (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias turut dicalonkan bagi kerusi DUN Batu Kurau atas tiket Perikatan Nasional.

Tak sangka abang bertanding kawasan sama

Ustaz Kazim memaklumkan perkar ini ketika sidang media khas petang tadi di mana beliau teringat nasihat arwah ibunya untuk tidak sekali-kali bertanding dalam kawasan yang sama dengan ahli keluarga.

Saya dan abang saya tidak menyangka bahawa kami bertanding dan kami tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut menjelaskan dia tidak pernah berdaftar sebagai ahli UMNO dan hanya ditawarkan untuk bertanding di kawasan berkenaan kerana BN mahukan pengetahuan dan pengalamannya sebagai seorang pendakwah.

Presiden parti UMNO memberitahu saya tidak mengapa saya bukan ahli, kerana mereka mahu orang dari pelbagai profesional dan latar belakang agama menyumbang pengalaman dan kepakaran mereka dan dengan itu saya dipilih.

Ustaz Kazim juga menegaskan dia kini tidak mewakili mana-mana parti politik kerana sudah selesa menjadi pendakwah bebas.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas