Connect with us

Oh! Media

Usaha Zahid Hamidi Jumpa PH Untuk Bentuk Kerajaan Tidak Sah Mengikut Perlembagaan?

Oh! Negara

Usaha Zahid Hamidi Jumpa PH Untuk Bentuk Kerajaan Tidak Sah Mengikut Perlembagaan?

Sebelum ini kami melaporkan parti yang menang banyak kerusi pada kempen PRU-15, Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Barisan Nasional (BN) pada jam 10 pagi ini.

ADVERTISEMENT

Pertemuan itu difahamkan untuk membincangkan mengenai kerjasama yang akan dilakukan antara kedua-dua parti itu dan dijangka muktamad hari ini.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengatakan yang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera letak jawatan, bukannya berunding dengan PH untuk bentuk kerajaan. 

Menurut Onn Hafiz, tindakannya itu untuk menubuhkan kerajaan bersama PH adalah tidak sah sekiranya benar berlaku. 

Sementara ahli UMNO menunggu tindakan berjiwa besar Ahmad Zahid untuk meletak jawatan dengan kadar yang segera, beliau sebaliknya, kalau betul sebagaimana yang dilaporkan media, sedang sibuk berunding dengan Pakatan Harapan, DAP.

Ahmad Zahid telah mengetuai kita semua ke medan perang dan disebabkan imejnya, antara punca kekalahan teruk BN.

Bukan tu jer, Menteri Besar itu juga mengatakan yang Ahmad Zahid tidak boleh membawa mandat parti tanpa persetujuan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Majlis Tertinggi BN.

Untuk pengetahuan, Presiden UMNO dan Pengerusi BN tidak boleh membawa mandat parti tanpa persetujuan daripada MKT UMNO dan Majlis Tertinggi BN.

Oleh itu, sebarang keputusan yang dibuat oleh presiden parti tanpa proses ini adalah dikira tidak sah dari segi perlembagaan parti.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas