Connect with us

Oh! Media

Tiada Saluran Khas, KJ Sahkan Pengundi Positif Covid-19 Akan Celup Jari Pada Bekas Dakwat Yang Sama

Oh! Negara

Tiada Saluran Khas, KJ Sahkan Pengundi Positif Covid-19 Akan Celup Jari Pada Bekas Dakwat Yang Sama

Kurang lebih dua hari je lagi, kita akan beramai-ramai turun mengundi sempena PRU-15 nanti. Korang mesti tertanya-tanya, macam mana pula dengan mereka yang positif Covid-19? Akan ada saluran khas ke untuk dorang nanti?

ADVERTISEMENT

BACA: PRU-15 Kian Terasa, Ini 6 Pemimpin Muda Berkaliber Yang Patut Diberi Perhatian

Memetik laporan daripada Kosmo, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa tiada sebarang saluran khas diberikan kepada pengundi yang disahkan positif Covid-19.

Bukan itu sahaja, mereka yang dijangkiti Covid-19 juga akan menggunakan bekas dakwat yang sama untuk mencelup jari selepas membuang undi.

Menurut Menteri Kesihatan itu, keputusan itu dibuat selepas pelbagai peringkat perbincangan telah diadakan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap isu ini.

Pesakit Covid-19 yang disahkan positif boleh turun mengundi.

Mereka apabila dikesan positif dan laporan masuk ke MySejahtera, mereka akan diberi SMS dan link pautan untuk garis panduan cara-cara untuk datang mengundi.

Pengundi postif Covid-19, wajib pakai pelitup muka dari keluar rumah sehingga selesai mengundi dan mestilah lapor kepada petugas KKM di pintu masuk pusat pengundian.

Bukan itu sahaja, KJ juga memaklumkan bahawa pengundi yang positif Covid-19 akan diiring petugas KKM sepanjang berada di pusat mengundi.

Tiada saluran khas, tetapi pesakit positif akan diiringi petugas KKM sehingga pintu masuk bilik mengundi. Kita tidak mahu mereka beratur dan menunggu bersama pengundi lain (negatif Covid-19).

Mereka juga akan menggunakan bekas dakwat yang sama untuk mencelup jari selepas selesai buang undi, dan sebelum itu, mereka perlu menggunakan pembersih tangan atau hand sanitizer.

Langkah ini dilihat paling selamat untuk mereka buang undi.

Dalam pada itu, KJ juga menasihatkan kepada semua pengundi untuk memakai pelitup muka sepanjang di pusat mengundi supaya dapat mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas