Connect with us

Oh! Media

Terkini! YDPA Perkenan Untuk Lanjutkan Proses Penamaan Calon PM-10 Hingga Jam 2 Petang Esok

Oh! Negara

Terkini! YDPA Perkenan Untuk Lanjutkan Proses Penamaan Calon PM-10 Hingga Jam 2 Petang Esok

Debaran buat semua rakyat Malaysia masih belum terhenti apabila pembentukan kerajaan baharu yang memperuntukkan parti-parti politik untuk mengemukan calon bakal Perdana Menteri Ke-10 akan dilanjutkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Sah! PH-BN Wujud Kerjasama Bentuk Kerajaan Di Perak

Perkara itu diumumkan sendiri menerusi satu kenyataan media dibuat Istana Negara yang memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan rayuan dibuat beberapa ketua parti politik untuk menangguhkan tempoh pencalonan PM.

Sehubungan dengan itu, Baginda Yang di-Pertuan Agong menjelaskan bhaawa pentadbiran negara ketika ini akan berjalan seperti biasa di bawah Perdana Menteri Sementara berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara.

Baginda YDPA juga menyeru kepada rakyat unutk mendoakan agar proses untuk membentuk kerajaan baru berjalan lancar dan dipermudahkan.

Fuh tambah lagi satu hari debaran buat semua rakyat Malaysia. Sama-sama kita tunggu esok ya.

Kredit: Facebook Istana Negara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas