Connect with us

Oh! Media

‘Superman Hew’ Akhirnya Dicekup Polis, Didakwa Beri Ucapan Berbaur Perkauman Dalam Ceramah PH

Oh! Negara

‘Superman Hew’ Akhirnya Dicekup Polis, Didakwa Beri Ucapan Berbaur Perkauman Dalam Ceramah PH

Sebelum ini tular satu video bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) yang berbaur perkauman. Korang tengok tak video tu?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, dia yang lebih dikenali sebagai ‘Superman Hew’ telahpun ditahan pihak polis hari ini dan perkara itu dikatakan sendiri Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Penangkapan terhadap Hew yang berusia 53 tahun itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Pahang dengan bantuan pasukan JSJ Bukit Aman di rumahnya sendiri di Puchong Jaya, Selangor.

Pada ceramah itu, salah seorang penceramah bernama Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai ‘Superman Hew’ berucap dalam bahasa Kantonis yang didapati mempunyai unsur-unsur yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sebahagian daripada rakaman video ceramah berkenaan kemudian ditularkan di dalam media massa serta media sosial dan mendapat reaksi yang negatif dari kalangan masyarakat.

Permohonan reman ke atas Hew akan dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi pihak polis mendapatkan keterangan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 iaitu kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi,” katanya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas