Connect with us

Oh! Media

Sultan Nazrin Bertitah Agar Tidak Serah Amanah Kepada Golongan Bermoral Rendah

Oh! Negara

Sultan Nazrin Bertitah Agar Tidak Serah Amanah Kepada Golongan Bermoral Rendah

Kita masih belum menang dan kita pasti menang jika terus bersama. Sudah banyak yang kita korbangkan sepanjang negara menghadapi wabak Covid-19 sejak March tahun lalu dan kita tidak boleh membiarkan golongan bermoral rendah merosakkannya.

ADVERTISEMENT

Ohmedia tertarik dengan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mengharapkan agar umat Islam di negara ini tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas.

Sultan Nazrin bertitah sedemikian ketika berada di Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak 2021-2023 siang tadi.

Masyarakat Islam hendaklah dibina daripada kalangan ummah yang mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna dalam semua lapangan, merangkumi kehidupan berkeluarga, berjiran tetangga, bermasyarakat dan bernegara.

Masyarakat Islam hendaklah diserlahkan melalui kecemerlangan ummah menguasai ilmu dan pengetahuan, pekerjaan dan profesion, penguasaan ekonomi dan pemilikan kekayaan serta kehebatan budaya dan keagungan tamadun. – Titah baginda.

Baginda juga meminta agar rakyat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap situasi yang dihadapi negara pada waktu ini yang disifatkan berlaku atas kezaliman manusia sendiri.

Hamba-Mu memohon agar dilindungi ummah-ummah yang tidak berdosa daripada ditimpa bala bencana akibat daripada perbuatan zalim pihak-pihak yang telah melanggar perintah Mu, Ya Allah. Ya Wahhab! Ya Razak! Ya Rafiq! Ya Muiz!.

Di atas bahu hamba-Mu ini, Engkau amanahkan tanggungjawab berat sebagai Ketua Agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan. Kepada Mu jua, hamba-Mu memohon dikurniakan hidayah agar dapat membantu hamba-Mu menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan, memimpin jemaah menemui jalan lurus yang dapat memberi kebahagiaan dunia serta  akhirat.

Ketika dunia sedang berhadapan pelbagai kemelut sama ada berbentuk wabak penyakit yang terus menular, bencana alam yang sering melanda, polemik politik yang semakin bergelombang dan suasana ekonomi yang suram, kuatkan pegangan dan kukuhkan iman sekalian hamba-Mu agar yakin kepada kuasa-Mu yang Esa. – Titah baginda lagi.

Memang benar apa yang baginda cuba sampaikan dan Ohmedia yakin yang kebanyakan rakyat Malaysia sekarang lebih bijak menilai apa yang salah dan betul. Semoga negara kita terus dilindungi dari segala perosak. #KitaJagaKita

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas