Connect with us

Oh! Media

“Simpanan Mencecah RM2 Juta Menjelang Umur 30 Tahun” – Rafizi Ramli Cerita Macam Mana Boleh Kaya

rafizi ramli

Oh! Negara

“Simpanan Mencecah RM2 Juta Menjelang Umur 30 Tahun” – Rafizi Ramli Cerita Macam Mana Boleh Kaya

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini dituduh menggunakan dana awam untuk mengkayakan diri sendiri. Tuduhan ini muncul selepas Rafizi isytihar harta yang dimilikinya iaitu sebanyak RM18.9 juta sebelum ini.

ADVERTISEMENT

Beliau bagaimanapun tampil menafikan tuduhan berkenaan dan menempelak mereka yang pertikai kekayaannya kerana RM18.9 juta itu dapat dimilikinya hasil dari nilai saham syarikatnya iaitu pemula teknologi , INVOKE Solutions Sdn Bhd.

Sudah jadi jutawan pada usia 30 tahun

Bagi yang mengenali dan mengikuti perkembangan Rafizi, pasti tahu yang beliau sejak muda sudah memulakan kerjayanya di Petronas.

Pada umur 26 tahun, gaji permulaan saya di Petronas adalah RM3,750. Setelah enam bulan, saya disahkan sebagai pengurus dan gaji naik kepada RM11,000 sebulan dan setahun kemudian, saya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bahagian Perancangan Petrokimia pada umur 27 tahun dan gaji RM25,000 sebulan.

Rafizi turut memaklumkan dia menerima pampasan dari Petronas sebanyak RM400,000 pada usia 29 tahun kerana syarikat memendekkan tempoh perkhidmatan dan umur persaraan dari 60 tahun ke 55 tahun.

7 tahun dapat bonus 10 hingga 12 bulan gaji

Saya juga berada dalam industri minyak dan gas ketika harga minyak naik mendadak dan bonus tahunan yang besar, di mana sepanjang tujuh tahun saya di Petronas, bonus tahunan purata saya adalah antara 10 hingga 12 bulan setahun.

Sebab itu saya mempunyai simpanan yang mencecah RM2 juta menjelang umur 30 tahun dan simpanan ini yang digunakan untuk memulakan syarikat pemula.

Kini Rafizi fokus pada perniagaan syarikat miliknya INVOKE dan beliau memaklumkan terbitan saham terakhir INVOKE tahun ini adalah pada nilai RM75 juta.

Kalau korang baca perjalanan hidup Rafizi dengan gaji puluh-puluh ribu ni mesti macam tak boleh nak brain kan? Apapun, tahniah Rafizi sebab berani dedahkan jumlah kekayaan sejak dari dulu lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas