Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Tahu Apa Salah Saya” – Tun M Akui Masih Hairan Ditolak Pengundi Langkawi

Oh! Negara

“Saya Tak Tahu Apa Salah Saya” – Tun M Akui Masih Hairan Ditolak Pengundi Langkawi

Baru-baru ini mantan Perdana Menteri ke-4 dan 7, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi tertanya-tanya mengapa dirinya ditolak oleh pengundi Langkawi berikutan kekalahannya pada PRU lepas.

ADVERTISEMENT

BACA: Sah! Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Pejuang

Menurut beliau, dirinya yakin tidak membuat sebarang kesalahan yang memudaratkan bagi penduduk pulau helang merah itu.

Mana silapnya?

Mahathir juga berkata penolakan rakyat Langkawi membuatkan dirinya sedikit kecewa ekoran komitmennya dalam membangunkan pulau tersebut. Beliau juga merasakan bahawa usahanya sebelum ini seolah-olah tidak dihargai.

Bukan merajuk, tapi kecewa sedikit kerana saya sudah buat macam-macam di Langkawi. Saya ditolak jatuh merudum dan hilang 14,000 undi. Saya pun tidak tahu apa kesalahan yang telah buat.

Sebelum ini, Mahathir telah kehilangan wang deposit kerana gagal mempertahankan kerusi parlimen Langkawi yang telah jatuh ke atas calon Perikatan Nasional, Mohd Suhaimi Abdullah.

Kredit: Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas