Connect with us

Oh! Media

“Saya Cadangkan, Pecat Saya Sekali Lagi” – Annuar Musa

Oh! Negara

“Saya Cadangkan, Pecat Saya Sekali Lagi” – Annuar Musa

Semalam ohmedia ada kongsikan dengan korang semua berita tentang pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN). Hari ini Annuar telah mendakwa yang pemecatan tersebut adalah tak sah!

ADVERTISEMENT

BACA : Muat Naik Perbualan WhatsApp Bersama Zahid Hamidi, Annuar Kini Dalam Tempoh Bertenang

Jelas Annuar, pemecatan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu dibuat ketika Mesyuarat Bahagian UMNO, bukannya atas kapasiti pengerusi BN. Yelah, kalau nak buat pemecatan, bukannya pada peringkat Majlis Tertinggi je, tapi kenalah ambil pandangan parti-parti komponen lain jugak.

Dah tu, surat rasmi pemecatan pun Annuar tak dapat. Yang ada, cuma text dari Setiausaha Agung BN yang baru dilantik, Datuk Seri Ahmad Maslan. Itupun beliau cuma nak jelaskan yang beliau tak minta pun untuk jawatan itu.

“Jadi saya cadangkan, pecat saya sekali lagi pada mesyuarat BN,” – katanya.

Walaupun begitu, Annuar tetap reda dan terima keputusan yang dibuat dengan hati yang terbuka. Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung sebelum ini. Soal nak keluar parti? No, Annuar tak pernah terfikir pun tentang itu.

“Sebab apa nak keluar,  tiada siapa halau saya pun. Sebab pemecatan ini, komitmen saya bertambah.”

“Saya akan berjuang atas wadah perjuangan UMNO dan akan terus menyumbang ke arah UMNO yang bermaruah, berintegriti dan kekal memimpin penyatuan ummah dan menunjangi permuafakatan nasional.” – tambahnya.

Harapnya, Tan Sri Annuar Musa terus kuat dan berjuang demi parti macam yang dijanjikan. Lagipun masih ada juga warga Ketereh yang sokong YB. Jadi, jangan cepat mengalah ya!

Kredit: Kosmo!

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas